Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) bertujuan membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.
SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.
Secara ringkasnya SPP1M ini :-
- Terbuka kepada ibu bapa dan individu untuk membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara.
- Kadar faedah lebih rendah daripada pasaran.
- Bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.
- Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi.
- Institusi kewangan yang bersetuju yang menawarkan skim ini setakat ini ialah Maybank dan RHB Bank.
- Ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.
- Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com. dalam masa terdekat
Bolehlah dikatakan SPP1M ini adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai.
Buat masa ini Maybank dan RHB masih belum lagi menawarkan pinjaman ini kepada orang ramai. Mungkin bank-bank ini masih meneliti beberapa perkara yang perlu diperhalusi. Nanti saya akan sharekan di sini prosedur dan cara-cara nak memohon Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) ini nanti....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~