Diskaun tol Tahun Baru Cina 2013 telahpun diumumkan. Diskaun tol dan rebat Tahun Baru Cina 2013 ini adalah di antara 5 - 37.5% untuk 24 lebuhraya yang menawarkan diskaun dan rebat.
Jom kita terjah Diskaun tol Tahun Baru Cina 2013 ini :-
- Lebuhraya PLUS : Pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik : rebat tol sebanyak 20% pada 7 Feb dan 15 Feb dan rebat 30% pada 10 Feb.
- Lebuh raya lain : Diskaun tol di antara 15% - 37.5% pada 9, 10 dan 11 Febuari 2013.
Syarikat konsesi lebuhraya akan meningkatkan kadar kekerapan rondaan di lebuh raya bagi persediaan dalam menangani perkara di luar jangkaan pada cuti Chinese New Year 2013 ini
Selain itu, syarikat konsesi akan menyediakan lebih banyak data atau informasi bergerak untuk dimaklumkan kepada pengguna apabila berlaku kesesakan dan sebagainya.
Kepada pengguna lebuhraya yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena Tahun Baru Cina 2013 ini, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~