Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 2013 sudah boleh dibuat ! Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 ini boleh dibuat melaliu beberapa cara.
Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :
- Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
- Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :
- Hubungi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
- Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013
- Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
- Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
- Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
- Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.
Untuk rekod, pembayaran BR1M 2.0 ini sudah mula dibuat mulai 3 februari 2013. Pembayaran ini dibuat secara berperingkat. Oleh itu jangan bimbang kalau belum dapat boucher BR1M ini. Mungkin giliran anda sedikit lewat berbanding orang lain. Apa-apa pun tunggu surat dulu....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~