Kadar baru premium insuran kereta (kenderaan) naik mulai 15 Februari 2013. Kenaikan kadar (harga) baru premium insuran kereta (kenderaan) ini dimaklumkan melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari 2013.
Ini bermakna bagi pemilik kenderaan yang akan memperbaharui insuran kenderaan, anda akan membayar dengan tarif harga yang baru mulai 15 Februari 2015 apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan caj adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.
Setakat ini berita belum lagi disiarkan lagi dalam media massa so belum tahu lagi alasan kerajaan menaikkan caj premium insuran kenderaan ini. Kalau nak tahu, sama-sama lah kita tunggu pengumuman dari kerajaan. Agak-agaknya apa lagi yang bakal kedengaran berita kenaikan selepas ini terutamanya setelah Pilihanraya Umum ke 13 nanti?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~