BREAKING NEWS
William Yau Sah Mati. Mayat William Yau ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang pada 24 Januari 2013. Willian Yau dilaporkan hilang di Putra Heights pada 16 Januari lalu.
Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau adalah berdasarkan pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.
Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam 3 hari lagi untuk pengesahan lanjut.
Ibu bapa William sahkan seluar pendek, seluar dalam, parut di dahi serta di bahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka namun pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu.
Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Belum ada tanda-tanda lagi kematian ada kaitan dengan perbuatan jenayah. Walaubagaimanapun siasatan akan tetap dilaksanakan.
Semoga apa yang terjadi kepada mendiang Willian Yau ini dijadikan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana sana supaya sentiasa pantau pergerakan anak-anak kerana malang itu tidak berbau. Jangan tinggalkan anak anda tanpa pemerhatian yang sewajarnya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~