Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) 2013



Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) 2013 telah pun dilancarkan. Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu 500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen.


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu


Antara objektif program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilancarkan adalah untuk :-

  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Antara keistimewaan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini ialah :-

  • Menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 % lebih rendah daripada harga biasa.
  • Yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya semula,

Jom kita terjah antara syarat-syarat penyertaan program ini :-

  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja.
  • Sihat tubuh badan.
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  • Bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
  • Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.


Untuk pendaftaran, sila klik pada link ini www.bl1m.my (pendaftaran dibuka selepas BL1M ini dilancarkan)
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.


Bagus juga ada program sebegini yang mampu membantu gologan yang berpendatan rendah memiliki lesen memandu secar sah dengan kadar yang berpatutan. Kalau berjaya profram ini elok juga diperluaskan untuk mendapatkan lesen kereta pula....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Sandokhan said...

Nice info, bro! Thanks :)

harun husain said...

Bila tarikh tutop BLIM

Abdull Rahman said...

Macam mana kalau nak tukar no rumah kepada no hp yang sedia ada dlm borang tuh ye? Sebab no rumah saya dah potong.

Abdull Rahman said...

Macam mana kalau nak tukar no rumah kepada no hp yang sedia ada dlm borang tuh ye? Sebab no rumah saya dah potong.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget