BREAKING NEWS
Akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian telefon pintar (Smartphone) untuk mendapatkan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2013.
Ini bermakna belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Sebelum ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menetapkan pemberian rebat RM200 ini hanya untuk smartphone yang berharga RM500 ke bawah sahaja.
Namun selepas mendapat kecaman dan sindiran pelbagai pihak akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian smartphone untuk mendapatkan rebat RM200 ini.
Pemberian rebat RM200 ini berdasarkan pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjaya Komunikasi Malaysia iaitu di www.skmm.gov.my
Untuk rekod, sudah hampir 8000 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka pada 1 Januari 2013.
Nampaknya nak tak nak kerajaan perlu mendengar juga pendapat golongan belia hari ini mengenai isu yang berbangkit. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Buruk padahnya jika mana-mana parti politik menongkah arus kehendak dan kemahuan golongan muda masa kini.
Kepada belia yang ingin mendapatkan rebat RM200 ini saya nasihatkan buat pilihan yang bijak sebelum membeli smartphone ini. Belilah berdasarkan kemampuan masing-masing. Jangan sampai beli smartphone mahal-mahal boleh kemudian hari-hari ikat perut sebab duit dah abis beli smartphone...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~