Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




LATEST UPDATE 



Gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.


Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.


Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.


Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.


Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.


Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.


Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil) yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.


Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.




Previous Entry

Keputusan Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2 2012 pada 18 Januari 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2012 ini akan menentukan siapakah yang akan membawa pulang RM500,000 sebagai juara.


Pentas MLM2012 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 18 januari 2012 pukul 10.30 malam.


Kepada yang tidak dapat ke stadium pula jangan risau, kerana anda masih boleh menonton siaran langsung MLM2012 di Astro Warna saluran 132  dan Mustika HD saluran 134.


Selain itu, bagi peminat-peminat MLM2012 di Singapura dan Brunei anda boleh saksikan aksi peserta-peserta akhir MLM2012 di www.astrogempak.com.my.


Jom kita terjah senarai finalis Maharaja Lawak Mega 2012 :-

  • Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
  • Jozan (Johan dan Zizan)
  • Jambu (Taukeh dan Yus)
  • Shiro (Shahrol dan Ajak)
  • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) 

Siapakah yang akan menang malam ini ya. Keputusan (result) Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2 2012 pada 18 Januari 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus acara tamat... Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget