Program Hati Rakyat 2013 yang melibatkan golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas akan dilancarkan bulan hadapan.
Pengagihan bantuan Program Hati Rakyat 2013 akan digabungkan dengan program 1Azam kementerian bagi membantu golongan wanita yang ingin berniaga secara kecil-kecilan.
Inisiatif baru kerajaan ini dijangka dapat membela golongan itu mengikut keperluan masing-masing di bawah konsep jaringan keselamatan sosial.
Bantuan adalah dalam bentuk latihan, bantuan warga emas seperti lampin atau mungkin bantuan kerusi roda dan RM50 juta ini akan memperluaskan konsep jaringan keselamatan sosial sebagai satu lagi daripada usaha mengupayakan golongan ini.
Nampaknya bantuan ini juga dibuat pada bulan Februari iaitu bulan yang sama BR1M 2.0 di agihkan. Yang pasti jentera kerajaan akan sibuk sepanjang bulan hadapan. Maklumlah semua bantuan perlu disalurkan kepada golongan sasar sebelum Pilihanraya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~