Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 telahpun dilancarkan. Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 dilancarkan di dewan utama Kelantan Trade Centre di Kota Bharu baru-baru ini dalam Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Kelantan.
Kali ini terdapat 10 penaja rasminya untuk musim ini iaitu syarikat prabayar terkemuka Negara Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.
Warna merah putih masih dikekalkan sebagai warna rasmi The Red Warriors ini. Jom kita lihat dengan jelas jersi baru pasukan Kelantan 2013 ini :-
Jersi utama (home kit)
Jersi kedua (Away kit)
Apa pendapat anda mengenai jersi baru Kelantan ini ? Cantik tak ? Secara peribadi, memang ada style jersi baru ini cuma rasanya terlalu banyak logo penaja pada jersi ini. Macam semak sikit.
Cabaran utama pasukan Kelantan ialah mempertahankan kejuaraan treble musim lepas setelah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang memilih untuk berhijrah ke pasukan baru.
Apa-apa pun All The Best buat pasukan Kelantan untuk musim 2013 ini !
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~