Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dibuat mulai 1 November 2012. Permohonan BR1M 2.0 ini termasuklah bagi pemohon baru dan individu bujang.
Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka TIDAK PERLU mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik.
Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas (lahir sebelum 1992) yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah atau mengganggur.
Bagi yang masih belum jelas kriteria kelayakan memohon BR1M ini, anda boleh klik di pautan ini untuk menyemak kriteria kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Bagi mereka yang mahu mendaftar atau memohon, permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.
Kepada yang layak tu, jangan lupa membuat permohonan ya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~