Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tonton Maharaja Lawak Astro Live 2011



Bila tiba hari jumaat je pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk menonton siaran langsung (live) Maharaja Lawak Astro musim 2011 jam 10 malam.


Maharaja Lawak  Astro ini akan disiarkan secara langsung (live) di Astro Warna (Saluran 132) selama 10  episod ( 1, 8, 15, 22, 29 April, 6,13, 20, 27 May dan 3 Jun 2011)  manakala di Astro Prima (Saluran 105) untuk 2 episod terawal sahaja.


Ataupun kalau nak tengok live juga boleh datang ke Studio FINAS tapi kena datang awal takut dah tak ada seat dah.




Ini bermakna mulai 15 April 2011 (episod 3), kalau anda tak langgan pakej Mustika  yang berharga RM12.95 jangan harap anda nak tengok live program Maharaja Lawak ini. 


Sungguh bijak strategi Astro nak kaut untung lebih. Astro tayangkan 2 episod terawal di Astro Prima untuk menarik perhatian ramai kemudian mengalihkan perhatian mereka ke saluran lain yang perlu di bayar jika mahu menonton lagi.




Secara peribadi saya TAK AKAN langgan pakej Mustika hanya di sebabkan Maharaja Lawak. Saya tak akan tertipu dengan strategi mahu kaut untung  secara berlebihan oleh Astro.


Rating dan undian Maharaja Lawak boleh jatuh jika tak ramai yang melanggan pakej Mustika. Tak terfikirkah Astro tentang hal ini? Adakah Astro berani jamin yang ramai yang akan langgan disebabkan 'aura' Maharaja Lawak?



Secara peribadi,  saya lebih rela menonton Maharaja Lawak di Youtube tanpa perlu bayar 1 sen pun. Lagipun rancangan lain di pakej Mustika tiada 1 pun menarik perhatian saya. 


P/S : Kepada yang langgan Astro pakej Mustika tu, sambil sambil tunggu Maharaja Lawak apa kata kita layan Lady Gaga dulu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
1 Comments
Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget