Tanggal 29 April 2011 ini pasti tercatat dalam sejarah dunia apabila di jangkakan 2 billion penonton akan menyaksikan perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton (The Royal Wedding : William & Kate) live dari London.
Kali terakhir majlis perkahwinan besar-besaran keluarga di raja Britain ialah pada tahun 1981 iaitu perkahwinan antara Putera Charles dan Puteri Diana.
Untuk rekod, Putera William mula jatuh hati pada Kate pada malam pertunjukan fesyen ketika putera raja itu berada pada semester kedua di Universiti St Andrews, Scotland pada 2001.
Selepas itu media seluruh dunia mengikuti perkembangan percintaan mereka berdua sehinggalah mereka bersetuju untuk berkahwin pada 29 April ini.
Banyak acara yang akan diadakan sempena The Royal Wedding ini antaranya perarakan berkuda, perarakan pengantin dari Gereja Westminster Abbey, pertunjukkan angkatan tentera udara Diraja dan banyak lagi.
Anda boleh tonton Majlis Perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton live di NTV dari 3pm-8pm, Astro TLC, www.youtube.com/theroyalchannel dan di Yahoo pada 29 April 2011 ini..
Oleh itu, jangan lupa saksikan Wedding of the Year ini. Memang rugi rasanya kalau terlepas menyaksikan detik yang bersejarah ini..,
P/S : Sementara kita tunggu siaran langsung di siarkan di TV dan internet apa kata kita layan Hypp TV dulu..
Velasrizal RodriguezP/S : Sementara kita tunggu siaran langsung di siarkan di TV dan internet apa kata kita layan Hypp TV dulu..
Adios~~~~