Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Taman Tamadun Islam River Cruise Kuala Terengganu



Baru-baru ini berkesempatan ke Kuala Terengganu jalan-jalan cuci mata. Actually dah lama dah tak ke sini. Kali terakhir datang ke sini kira-kira 4 tahun yang lepas.


Sekarang dah banyak tempat pelancongan yang menarik di Kuala Terengganu. Salah satu daripadanya ialah Taman Tamadun Islam River Cruise yang terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu.




River Cruise ini di wujudkan sebagai daya tarikan terbaru Kuala Terengganu yang terletak di pesisir muara sungai. Gambar di atas ini ialah kaunter membeli tiket TTI River Cruise ini.
 



Harga tiket untukkanak-kanak berumur 4-6 tahun ialah RM 5 manakala untuk dewasa ialah RM 10. Tempoh masa mengelilingi Pulau Duyung ini di anggarkan hampir 1 jam.




Inilah peta perjalanan menaiki TTI River Cruise dari Taman Tamadun Islam mengelilingi Pulau Duyung. Di kiri dan kanan pulau terdapat banyak tempat menarik seperti tempat membuat bot dan perkampungan nelayan.




TTI River Cruise juga menyediakan pemandu pelancong yang akan memberi taklimat tentang tempat-tempat menarik di kiri dan kanan sungai. Kalau ada soalan bolehlah tanya kepada pemandu pelancong ini.




Ini adalah jeti di sebuah perkampungan nelayan. Hasil dari aktiviti perikanan akan dipunggah di atas jeti ini. Bot juga boleh di parking di sini. 
 



Ini pula ialah tempat membuat dan membaiki bot. Menurut pemandu pelancong, negara luar seperti Sweden dan New Zealand selalu menempah bot dan kapal dari pengusaha bot di pesisir sungai Kuala Terengganu ini.




Kalau anda bernsib baik, anda akan terserempak dengan pemandu jet ski berlumba sesama sendiri. Memang laju mereka bawa jet ski ini. Kadangkala air terpercik ke dalam bot yang saya naiki.




Bot ini juga akan melewati bandar Kuala Terengganu. Memang cantik bandar Kuala Terengganu di lihat dari jauh. Bangunan-bangunan tinggi nampak dengan jelas sekali dari atas bot.




Ini pula lokasi berlangsungnya Piala Monsoon di Kuala Terengganu. Banyak bot-bot mewah parking di sini. Di belakang itu pula ialah resort-resort dan hotel hotel.


Kalau anda kelapangan, datanglah sini cuba sendiri menaiki bot TTI River Cruise ini. Harga tiketnya berbaloi dengan pengalaman yang anda akan dapat..Trust me..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
11 Comments

11 comments:

Sharinginfoz said...

Seronok juga buat something different

AngahSayang2314 said...

tak sampai lagi kat sini i'allah nanti bila2 sampai la...

khairul akmal bin azman said...

wah perhi akhir tahun lepas..hehe
masjid kristal mmg terbaik!
kopok losong

Relevan said...

Tak sampai lagi sini..

azzey said...

Negeri yg saya paling teringin nak pegi adalah Terengganu

iza said...

As salam..
Belum pernah sampai sini lg..

amirah said...

ee...menariknya..nak pi tapi bila la agaknya..ermmm

kumfye said...

lol...thx for deopping by...i have never been to this place before thx for sharing your experience with us...

Murni Alfathunnisa said...

dah lama teringin nak pergi KT...entri ni membuatkan keinginan ke sana semakin membuak-buak...aduhaii

Rohani Hashim said...

wow dah ada river cruise eh...hurmm

eh eh hai, salam kenalan...kalau rasa nak lasak lagi kan, bleh try bot penambang yg digunakan oleh penduduk pulau duyong berulang alik ke bandar KT. huhu time tengkujuh, melambung lambung...

salam kenalan, anak jati pulau duyong ;)

Zura Tahir said...

boleh masuk dlm listing percutian nie...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget