Ranking terbaru skuad bola sepak Malaysia yang di keluarkan FIFA pada 14 April 2011 menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 144 FIFA @ dunia iaitu jatuh 6 anak tangga dari 138 sebelum ini.
Menurut sumber, ketiadaan perlawanan persahabatan berkelas A sepanjang Mac 2011 menyebabkan ranking Malaysia jatuh ke tangga 144 FIFA @ dunia.
Di rantau Asia Tenggara, skuad Harimau Malaya kekal di belakang Thailand, Indonesia dan Vietnam walaupun memenangi AFF Piala Suzuki 2010 baru-baru ini.
Untuk rekod, pencapaian tertinggi Malaysia dalam ranking FIFA ialah mendapat tempat ke-75 pada bulan Ogos 1993 dan kedudukan terendah ialah berada di tempat ke-170 pada April 2008.
Apa-apa pun ranking ini tidak menunjukkan prestasi semasa skuad bolasepak Malaysia. Malaysia tidak pernah kalah dalam 2 perlawanan persahabatan terakhir.
Harap-harap Malaysia akan menang menentang Lubnan pada perlawanan pusingan ke 2 kelayakan Olimpik 2012 pada 19 Jun 2011 dan 23 Jun 2011ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~