Nampaknya Petronas melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan Primax 95 Xtra bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas seluruh Malaysia berkuatkuasa 10 April 2011.
Hasil penyelidikan Petronas, Primax 95 Xtra ini yang diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu ini mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter.
Buat semua pengguna minyak Petronas tak perlu bimbang kerana Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, Primax 95 Xtra ini dapat memberikan lebih kuasa, lebih pecutan dan lebih menjimatkan minyak berbanding minyak gasolin komersial yang biasa di Malaysia.
Ini adalah kerana Primax 95 Xtra memberi tindakan pembakaran yang cekap dan mengurangkan geseran dalaman untuk mencapai prestasi maksimum bagi setiap titik minyak yang dibakar.
Untuk maklumat lanjut tentang minyak ini, anda boleh klik di link ini Petronas Primax 95 Xtra.
Untuk maklumat lanjut tentang minyak ini, anda boleh klik di link ini Petronas Primax 95 Xtra.
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~