Pada 22 April sehingga 1 May 2011 ini akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 bertempat di PWTC Kuala Lumpur dari 9 pagi ke 10 malam.
Ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bagi membolehkan penerbit dan pengusaha buku tempatan dan luar negara mempromosikan judul-judul dan koleksi terbitan mereka kepada para pengunjung.
Ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bagi membolehkan penerbit dan pengusaha buku tempatan dan luar negara mempromosikan judul-judul dan koleksi terbitan mereka kepada para pengunjung.
Pesta buku antarabangsa kali ke-30 ini telah diiktiraf sebagai pesta buku terbesar di negara ini dan antara yang terunggul di rantau ASEAN.
Tema yang dipilih bagi tahun 2011 ialah “Buku: Dunia Tanpa Sempadan” (“Books: World Without Borders”). Tema ini di pilih untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khusus generasi muda.
Semua buku dalam pelbagai bidang ada di jual dan di pamer di sini. Anda juga boleh dapat harga diskaun jika membeli buku di sini nanti.
Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Jika anda ada kelapangan, singgahlah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini yang berlangsung selama 10 hari ini. Bawa anak anda sekali semoga dapat menanamkan minat anak anda untuk membaca buku...
Velasrizal Rodriguez
ADIOS~~~