Sekarang ini KFC dah ada KFC Lunch Treats setiap hari dari isnin ke ahad bermula dari jam 12pm hingga 3pm. Terdapat 3 set menu yang di tawarkan iaitu :-
- Set A (RM4.95) : Famous Bowl dan air berkabonat
- Set B (RM 5.95) : Colonel Burger, Fun Fries dan air berkabonat
- Set C (RM 5.95) : 1 ketul ayam, nasi, coleslaw dan air berkabonat
Mungkin ada yang tak tahu apa tu famous bowl kan. Kalau Colonel Burger, Fun Fries dan Nasi Ayam tu ramai yang dah tahu.
Inilah dia rupa Famous Bowl. Dalam bekas ini ada campuran ayam yang dipotong kecil, jagung dan kuah. Boleh tahan sedapnya. Saya bagi 7.5 out of 10.
Dengar cerita ramai yang complaint pasal Famous Bowl ni sebab dalam iklan bekas dia nampak besar tapi bila beli kecik je. Ada lah sama saiz dengan bekas Tau Foo Fah.
Bagus juga bila KFC ada buat KFC Lunch Treats ini. Boleh bersaing dengan McD Value Lunch. Kalau nak makan ayam datanglah ke KFC. Nak makan burger boleh datang ke McD...
Bagi yang berkerja tu kalau asyik-asyik makan nasi mamak je bila lunch hour apa kata sekali sekala trylah KFC Lunch Treats atau McD Value Lunch ini.Memang berbaloi..
P/S : Jangan lupa ada goverment tax 6% setiap kali anda beli dari KFC atau McD. Kalau harganya RM5.95 akan jadi RM6.30...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~