Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE


Real Madrid tumpas 0-2 ke atas Barcelona dalam perlawanan yamg penuh dengan kontroversi dan kekasaran. Kedua-dua gol Barcelona di jaringkan oleh Lionel Messi.


Pada separuh masa pertama, Barcelona menguasai perlawanan dengan ball possession 70-30 namun kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol.




Banyak kekasaran berlaku lalu memaksa pengadil memberi kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan. Kad merah dilayangkan kepada penjaga gol simpanan Barcelona, Jose Pinto yang mencetuskan perbalahan pada masa rehat.


Masuk separuh masa kedua, Pepe dilayangkan kad merah kerana mengasari Javier Mascherano pada minit ke 61.


Jose Mourinho bertindak mempertikaikan keputusan pengadil. Ekoran tindakan itu, beliau dihadiahkan kad merah lalu diarahkan duduk di bangku penonton.




Kekurangan seorang pemain tidak menghalang Real dari terus menyerang tetapi Barcelona menjaringkan gol dulu menerusi Lionel Messi yang menerima hantaran silan Ibrahim Affelay pada minit ke 83.
 

Sekali lagi Lionel Messi menjaringkan gol untuk mejadikan kedudukan 0-2 dengan menggelecek 3 pemain Real Madrid dari tengah padang lalu menewaskan Iker Casillas di gawang Real.




Kedudukan kekal sehingga tamat permainan. Ini bermakna Barcelona adalah calon layak ke perlawanan akhir. Real Madrid perlu menang 3-0 di Nou Camp jika berhajat ke perlawanan akhir di Wembley nanti...


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai peminat bolasepak tertunggu-tunggu keputusan Real Madrid VS Barcelona live separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 28 April 2011 ini kan.


Untuk rekod, Real Madrid dan Barcelona sudah bertembung sesama mereka 2 kali dalam tempoh 5 hari iaitu dalam saingan La Liga dan final Piala Raja Sepanyol.




Barcelona pastinya mahu membalas dendam atas kekalahan kepada Real Madrid dalam final Piala Copa Del Rey baru-baru ini di mana Cristiano Ronaldo menjaringkan gol  kemenangan dalam masa tambahan.


Jom kita lihat statistik pertembungan Real Madrid VS Barcelona ini :- 




Jurulatih Real Madrid pula, Jose Mourinho pernah membimbing Inter Milan menentang Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara, tahun lalu sebelum membawa kelab Itali itu muncul juara. 


Jom kita lihat kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Berdasarkan kesebelasan utama ini, Mourinho akan mengunakan khidmat Lassana Diarra di bahagian tengah, menggantikan Sami Khedira yang belum pulih daripada kecederaan.


Barcelona juga diramal menggunakan formasi biasa 4-3-3, selain meletakkan rangkaian Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi untuk menggugat benteng lawan.




Apa-apa pun jangan lupa saksikan pertembungan El Clasico antara Real Madrid VS Barcelona UEFA Champions League semi final 1st Leg live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 a.m 28 April 2011.


Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sharinginfoz said...

man utd vs barca final nanti? kita tunggu

amirah said...

waa....messi..i lap u la..tak sia-sia jd boipren ai..*dlm mimpi la*..haha

Noor Fatin said...

wow! nice info. memang lengkap la! :)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget