Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Latest Update


Real Madrid menang bergaya 4-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Santiago Bernebeu. Gol-gol Real Madrid di jaringkan oleh :-

  • Emmanuel Adebayor ( 4 ) dan ( 47 )
  • Angel Di Maria minit ( 72 )
  •  Cristiano Ronaldo ( 87 )



Tottenham Hotspur terpaksa bermain 10 orang apabila Peter Crouch menerima kad kuning kedua selepas beliau mengasari Sergio Ramos seawal minit ke 15.


Nampaknya Real Madrid sudah hampir pasti ke peringkat separuh akhir apabila membawa aggregat besar 4-0 bertandang ke White Hart Lane untuk perlawanan timbal balik nanti.




Juara bertahan, Inter Milan pula di timpa malang apabila tewas mengejut 2-5 kepada Schalke 04 di gelanggang sendiri. Gol-gol Inter Milan dijaringkan oleh :- 

  • Dejan Stankovic ( 1 )
  •  Diego Milito ( 34 )

Manakala gol-gol Schalke 04 di jaringkan oleh:-

  • J. Marip ( 17 )
  •  Edu ( 40 ) dan ( 75 )
  • Raul ( 53 )
  • A. Rannochia (own goal) ( 57 )

Inter Milan terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Cristian Chive di buang padang pada minit ke 62 ketika Inter Milan ketinggalan 2-4.


Schalke yang 2 kali ketinggalan sehingga berjaya menang di San Siro memiliki kelebihan gol di tempat lawan apabila bermain di tempat sendiri untuk perlawanan timbal balik.


 Real Madrid dan Schalke 04 adalah pilihan untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah


Previous Entry


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan / result Real Madrid VS Tottenham Hotspur Live Suku Akhir Champion League 2010/2011 (6 April 2011) ini kan.


Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Santiago Bernebeu ini akan menyaksikan kembalinya bekas pemain Real Madrid,  Rafael van Der Vaart ke stadium keramat skuad Galaticos itu.




Selain Van Der Vaart yang pasti mencuri perhatian, tumpuan pastinya terhadap pertembungan 2 'lipas kudung' iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang menjadi nadi kedua-dua pasukan. 


Untuk rekod, Real memiliki rekod lebih gah dengan 9 kali muncul juara Piala Eropah, manakala Tottenham hanya sekali mara ke separuh akhir kejohanan itu pada 1962.


Jurulatih Real, Jose Mourinho pernah mengalahkan Harry Redknapp dalam 5 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris ketika Redknapp membimbing Portsmouth dan Southampton manakala Mourinho bersama Chelsea. 


Ini ialah kesebelasan utama kedua-dua pasukan :-




Nampaknya pemain Real Madrid banyak yang mendapat kad kuning dalam perlawanan dahulu. Mereka perlu bermain secara bersih supaya dapat mengelakkan dari mendapat kad kuning kedua. 


Jangan lupa saksikan perlawanan Real madrid VS Tottenham Hotspur live di Astro ESPN saluran 812 6 April 2011 jam 2.40 am manakala Inter Milan VS Schalke di Astro Star Sports saluran 813.


Keputusan perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Sharinginfoz said...

harap tottenham boleh menang, suka cara bale main

Sharinginfoz said...

Patut le Tottenham bermain 10 org untuk 75 minit tapi teruk betul inter kalah sampai 2-5

Unknown said...

chelsea, chelsea !
hihi, tak pasal2 ek :)

kumfye said...

i want to see spurs win...

thefye.com come see see

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget