Walaupun musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2010/2011 belum pun berakhir, namun Chelsea sudahpun melancarkan jersi baru Chelsea musim 2011/2012 (home) baru-baru ini.
Jersi baru Chelsea ini di inspirasikan dari jersi Chelsea pada tahun awal 80 an dengan penggunaan jalur melintang berwarna biru yang berbayang berselang seli pada bahagian depan jersi.
Jom kita lihat Frank Lampard menggayakan jersi baru Chelsea ini.
Satu lagi kelainan ketara ialah penggunaan ' 3 stripes' yang berwarna biru di atas blok berwarna putih pada jersi dan seluar baru Chelsea ini. Jersi sebelum ini '3 stripes' nya adalah berwarna putih.
Inilah pula jersi baru untuk penjaga gol Chelsea, Petr Cech
Untuk musim 2011/2012 ini, jersinya adalah berwarna putih berjalur hitam. Kalau musim sebelum ini, jersi penjaga gol Chelsea kebanyakannya adalah berwarna hitam dan hijau.
Menurut sumber, jersi ini dilancarkan awal sebelum berakhirnya liga kerana mahu melupakan kenangan jersi musim 2010/2011 di mana Chelsea GAGAL memenangi sebarang trofi pun...
Semoga dengan pelancaran jersi baru ini dapat menaikkan semangat pemain Chelsea untuk memberikan yang TERBAIK untuk musim 2011/2012 nanti...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~