Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Steve Jobs Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas



PENGASAS APPLE, STEVE JOBS MENINGGAL DUNIA !


BREAKING NEWS


Pengasas Apple.Inc, Steve Jobs meninggal dunia hari ini (6 Oktober 2011) pada usia 56 tahun selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.


Steve Jobs adalah mastermind di sebalik penghasilan iPhone, iPad dan iPod.  Beliau adalah seorang innovator yang hebat yang telah menghasilkan produk yang memudahkan kehidupan manusia dalam dunia hari ini.


Jika anda melawat laman web Apple ketika ini, laman web syarikat itu penuh dengan gambar Steve Jobs dengan tulisan 'Steve Jobs 1955-2011 dalam kenangan.'







Sebenarnya ramai yang tidak tahu sejarah perjalanan karier Steve Jobs yang penuh dengan onak duri dan cabaran sehinggalah Apple diangkat sebagai pengeluar produk komputer dan gadget no 1 dunia.


Jom kita terjah sejarah perjalanan karier Steve Jobs ini :- 


1976 
  • Steve Jobs dan rakannya, Wozniak menubuhkan Apple Computer.Inc dan menghasilkan Apple II bersama keyboard dan menjadi popular di sekolah.


1985 
  • Board of Directors Apple memecat Jobs disebabkan jualan produk Apple yang jatuh teruk dan menggantikan Jobs dengan CEO baru, John Sculley.
  • Jobs menubuhkan syarikat baru, NeXT Computer dan menumpu kepada menghasilkan komputer untuk tujuan pembelajaran.


1986
  • Jobs membantu Pixar Animation Studios menjadi studio animasi terbesar di dunia. Pixar bergabung dengan Walt Disney pada 2006.


1996
  • Apple melantik CEO baru, Gilbert Amelio. Apabila Apple menghadapi krisis kewangan dan persaingan sengit daripada Microsoft, Amelio melantik Steve jObs sebagai penasihat. 


1997 
  • Board of Directors Apple yang tidak yang tidak berpuas hati dengan prestasi Amelio, melantik Jobs sebagai pemangku CEO Apple.


1998 
  • Steve Jobs menghasilkan iMac


2001 
  • Apple menghasilkan iTunes dan iPod (mp3 player). Jobs menyakinkan syarikat rakaman untuk menjual lagu secara online melalui Apple's iTunes Music Store.


2003 
  • Steve Jobs di sahkan mengidap kanser pankreas. Beliau mencuba ubatan alternatif dan kemudian menjalani pembedahan. Jobs kembali bertugas setelah pulih sedikit.


2007 
  • Steve Jobs  menukar nama syarikat kepada Apple.Inc. Beliau juga memperkenalkan iPhone dengan skrin sentuh dan iPod Touch (mp3 player).


2008
  • Jobs kehilangan berat badan secara mendadak dan ini menimbulkan spekulasi kanser telah kembali menyerang. Pelabur mahu mengetahui status kesihatan Jobs memandangkan harga saham Apple berkait rapat dengan kesihatan Jobs.  


2009 
  • Beliau mengambil cuti untuk berubat. Apabila beliau kembali bertugas, Jobs memperkenalkan iPhone 3GS.


2010 
  • Tahun paling sibuk buat Jobs apabila memperkenalkan iPad di mana jualannya mencecah 14 million pada April. Pada June 2010, Jobs memperkenalkan pula iPhone4


2011 
  • Sekali lagi Jobs mengambil cuti untuk berubat. Tim Cook (COO Apple) dilantik untuk menguruskan operasi harian Apple.
  • Jobs mengumumkan perletakan jawatan pada 24 Ogos. 
  • Sehari selepas pelancaran iPhone 4s, Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun


Selepas ini ramai yang menjangkakan harga saham Apple akan terus jatuh menjunam setelah Steve Jobs meninggal dunia. Jadi adalah menjadi tugas pengganti Steve Jobs ini untuk menyakinkan pelabur. 


Sacara peribadi, admin sangat mengkagumi semangat dan inspirasi beliau terutamanya bagaimana beliau bangkit dari jatuh dan menjadi pencetus revolusi baru teknologi. Semoga ada anak tempatan akan mengikut jejak langkah beliau dan mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Jadikan imiginasi itu satu realiti !



Velasrizal Rodriguez



Admin~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sandokhan said...

RIP Steve Jobs - From one appletards to another...you'll be remembered!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget