Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN TERKINI : AUSTRALIA 5-0 MALAYSIA


LATEST UPDATE



Keputusan Malaysia VS Australia Live 7 Oktober 2011 perlawanan persahabatan menyaksikan Australia menang bergaya 5-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Canberra.


Gol pertama Australia dijaringkan oleh Wilkshire seawal minit ke 3 perlawanan di mana gol pantas ini menyentap semangat pemain Malaysia. 


Gol kedua hadir minit ke 33 menerusi Kennedy manakala gol ke 3 Australia dijaringkan oleh Brosque minit ke 39. Sebelum tamat separuh masa pertama Kennedy menjadikan kedudukan 4-0 minit ke 45.


Malaysia yang beraksi loglai dilihat sukar mengekalkan penguasaan bola dan sering hilang bola apabila berdepan dengan pemain Australia. Ball possession Australia 80-20 Malaysia.


Separuh masa kedua, aksi Harimau Malaya bertambah baik setelah menukar strategi kepada 4-5-1. Walaupun gagal menjaringkan gol tetapi mampu memberi tekanan kepada Australia. 


Gol terakhir Australia dijaringkan oleh Brosque minit ke 69 menjadikan keputusan penuh Australia 5-0 Malaysia. Tidak banyak percubaan yang boleh dilakukan oleh pemain Malaysia selain percubaan dari jarak jauh.


Daripada perlawanan ini dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak kelemahan skuad Harimau Malaya. Yang perlu diperbaiki ialah skill individu, kepantasan, penguasaan bola, hantaran dan juga cara menutup ruang pihak lawan.




PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan perlawanan Malaysia VS Australia live 7 Oktober 2011 yang berlangsung di Stadium Canberra Australia.


Bagi peminat tempatan anda boleh ikuti perlawanan Malaysia VS Australia ini secara langsung (live) di saluran Astro Arena saluran 801 jam 5 petang ini. 


Ia ibarat langit dan bumi. Begitu perbezaan antara pasukan bola sepak kebangsaan dan Australia. Memang terlalu jauh jika mahu dibandingkan tentang keupayaan mahupun reputasi kedua-dua pasukan berkenaan.


Oleh itu peminat diharapkan lebih realistik dengan keputusan perlawanan Malaysia VS Australia nanti. Apa yang diharapkan bukanlah kemenangan semata-mata tapi permainan yang menarik dan bersungguh-sungguh dari pasukan Harimau Malaya.


Apa-apapun jangan lupa temujanji kita petang ini (7 Oktober 2011) jam 5 petang. Keputusan @ result Malaysia VS Australia live perlawanan persahabatan ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. 




Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

saya_arief said...

tetap menyokong malaysia..
:D

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget