Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar pembentangan Bajet 2012 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.


Penganalisis ekonomi meramalkan Perdana Menteri akan memberi fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dan perangi kos sara hidup yang tinggi. 


Kemungkinan besar bajet 2012 ini akan menumpukan kepada 4 fokus utama kerajaan iaitu :- 

  • Peningkatan kualiti hidup rakyat.
  • Memperluaskan aktiviti ekonomi negara 
  • menyediakan prasarana perniagaan 
  • Melahirkan modal insan terlatih berkelas dunia.

Namun sejak akhir-akhir ini peningkatan kos sara diri di kalangan rakyat dan ia menimbulkan beban yang bukan kepalang khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Oleh itu, penganalis ekonomi menyasarkan Kerajaan akan memberikan tumpuan untuk meringankan beban rakyat tersebut dengan memperkenalkan pelbagai insentif seperti baucer tunai yang boleh ditebus di Kedai 1Malaysia dan bantuan sampingan kepada golongan ibu tunggal, pemandu teksi, pekerja estet, pesara serta mereka-mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke bawah.




Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling kompetitif di rantau Asia, Kerajaan juga dijangka aka melakukan penstrukturan semula garis panduan pelaburan dengan meningkatkan pegangan asing dalam pelbagai sektor utama yang berpotensi untuk dikembangkan.


Antara sektor yang dikenal pasti berpotensi adalah :- 

  • Minyak dan gas, 
  • Penjagaan kesihatan, 
  • Pendidikan 
  • Perniagaan perkhidmatan profesional.

Berikutan ketidaktentuan di AS dan Eropah, Perdana Menteri mungkin mengumumkan cadangan cukai yang boleh merancakkan lagi perdagangan antara Asean dan perdagangan dengan China bagi menangani pertumbuhan perlahan berikutan kejatuhan dalam import barangan Malaysia oleh AS dan Eropah.




Penganalisis ekonomi juga menjangkakan pengurangan cukai individu sebanyak 1.0 peratus mata, namun berkemungkinan besar Kerajaan akan mengekalkan cukai korporat pada Bajet 2012 ini.


Namun jika langkah mengurangkan cukai dilaksanakan kemungkinan besar Kerajaan akan berdepan dengan cabaran membangunkan negara memandangkan pengurangan bagi perbelanjaan pembangunan adalah sukar ketika pertumbuhan dunia yang semakin merosot.


Secara keseluruhan, ramai yang menjangkakan Kerajaan akan memberikan lebih banyak berita baik kerana kita kini semakai hampir dengan Pilihanraya Umum ke-13. Apa-apapun sama-samalah kita tunggu pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget