Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Harga Baru Telur Ayam : Naik 2 Sen Untuk Semua Gred !



HARGA BARU TELUR AYAM NAIK 2 SEN !


Harga baru telur ayam bagi semua gred dinaikkan 2 sen sebiji di seluruh Semenanjung Malaysia mulai 27 September 2011 atas alasan kekurangan bekalan.


Ini bermakna setiap 30 biji telur harganya akan naik sebanyak RM2 dari peringkat ladang, borong serta runcit.


Inilah dia senarai harga baru telur ayam untuk semua gred setelah mengalami kenaikan 2 sen :-


  • Gred AA : 30 biji = RM32.50 berbanding RM30.50 sebelum ini
  • Gred A : 30 biji = RM32 berbanding RM30 sebelum ini
  • Gred B : 30 biji = RM31 berbanding RM29 sebelum ini
  • Gred C : 30 biji = RM30 berbanding RM28 sebelum ini 
  • Gred D : 30 biji = RM29 berbanding RM27 sebelum ini.


Selain itu kenaikan harga telur ayam yang naik 2 sen sebiji ini disebabkan juga oleh permintaan tinggi daripada pihak pembeli serta peruncit. 


Nampaknya kenaikkan harga telur ayam ini kurang mendapat publisiti dari media-media tempatan. Belum pernah lagi mendengar kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kenaikan harga ini di suratkhabar mahupun di TV.


Setakat ini tidak dapat di pastikan lagi sama ada kenaikan ini mendapat restu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana harga telur ayam sentiasa tersenarai dalam Harga Barang Kawalan. 


Mungkin pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga telur ini selepas mereka GAGAL menaikkan harga telur ketika musim Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini kerana harga telur ayam tersenarai dalam Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2011 lalu yang tamat tempohnya pada 6 September 2011.. Wallahualam.. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget