Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 0-1 SINGAPURA
PIALA SULTAN SELANGOR 2011



LATEST UPDATE


Keputusan Malaysia VS Singapura Piala Sultan Selangor menyaksikan Selangor tunduk 0-1 kepada Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.


Gol kemenangan Singapura diperolehi menerusi jaringan sendiri Mohd. Asraruddin Putra Omar yang tertanduk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-65 selepas G. Jeevananthan gagal menumbuk bola dari kawasan bahaya.


Ini merupakan kekecewaan ketiga berturut-turut Selangor kepada Singapura, malah tahun lalu mereka dibelasah 6-0 dan pada 2009, mereka kalah 3-0 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar.


Jika tidak kerana kecekapan Jeevananthan, penjaga gol pinjaman USM FC, Selangor mungkin sudah tewas dengan jaringan yang lebih besar, malah jentera serangan mereka juga menghampakan, terutama Safee Sali yang beraksi di bawah tahap sebenar.


Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000.


PREVIOUS ENTRY



Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Selangor VS Singapura live Piala Sultan Selangor 2011 pada 1 Oktober 2011 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor. 


Berdasarkan rekod pertemuan lalu, kejohanan yang diperkenalkan pada tahun 2001 ini menyaksikan kedua-dua pasukan sentiasa tampil dengan aksi cukup sengit.


Piala Sultan Selangor ini akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Selangor dan Singapura akan dimulakan dengan perlawanan antara pasukan veteran kedua-dua pasukan pada pukul 8 malam.


Perlawanan utama akan bermula pada 9.30 malam selain persembahan daripada artis tempatan Amy Search, pertunjukan bunga api dan payung terjun.


Edisi ke-10 Piala Sultan Selangor kali ini turut diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah.






Untuk rekod, kali terakhir Selangor menjuarai kejohanan itu adalah pada 2008. Untuk edisi ke 10 ini pastinya Selangor mahukan keputusan Selangor VS Singapura ini memihak kepada mereka kali ini.  


Penyerang kebangsaan Safee Sali dan Jesper Blomq- vist (bekas pemain Manchester United) akan menjadi taruhan pasukan Selangor untuk menentang Singapura.


Pemain veteran lain yang di jangka beraksi dalam perlawanan ini termasuk Datuk Ghani Minhat, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M.Chandran, Datuk Santokh Singh, Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan.


Jangan lupa saksikan perlawanan Selangor VS Singapura live Piala Sultan Selangor 1 Oktober 2011 ini yang akan bersiaran secara langsung (live) di Astro Arena saluran 801. 


Keputusan @ result Selangor VS Singapura live Piala Sultan Selangor 1 October 2011 ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget