Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Proton telah melancarkan jaminan power window (tingkap kuasa) Proton seumur hayat kereta bagi meyakinkan orang ramai mengenai kualiti dan mutu tingkap setiap kereta keluaran Proton.  


Memang sebelum ini kereta Proton sering kali diberikan persepsi negatif akibat kegagalan tingkap kuasanya (power window) berfungsi sehingga ramai rakyat Malaysia memilih kereta berjenama lain untuk di miliki.


Permasalahan itu dijangka tidak mungkin berlaku lagi selepas jaminan power window (tingkap kuasa) Proton seumur hayat kereta dilancarkan. 


Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran melalui Power Window Life Time Warranty itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa.


Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.




Jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan.


Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton.


Mana-mana kenderaan yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah jaminan pengeluar boleh menuntut kad jaminan dari mana-mana pusat servis bertauliah, Proton Edar Sdn. Bhd., pusat servis EON.


Secara peribadi, bagus langkah memperkenalkan jaminan power window (tingkap kuasa) Proton seumur hayat kereta ini namun paling penting Proton perlu tingkatkan kualiti tingkap kereta keluarannya tanpa terlalu terlalu bergantung kepada 'jaminan' ini. Harap-harap selepas ini Proton boleh melihat pula permasalahan yang berlaku kepada gear box pula...





Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Nazz@Purple said...

bagus3..tingkap keta naz airitu memang bermaslah..dh tukar sendiri dah pon..untung kereta skrang..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget