Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Majlis Perkahwinan Nabil Dan Nazirah



MAJLIS PERKAHWINAN NABIL DAN NAZIRAH



Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Nabil Maharaja Lawak dan Nazirah pada 1 Oktober 2011.


Dengan 2 kali lafaz nikah, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya.


Nabil dan Nazirah telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.






Pada majlis perkahwinan Nabil dan Nazirah ini, Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding.


Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.






Untuk rekod, pasangan Nabil dan Nazirah ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. 


Apa-apa pun selamat pengantin baru kepada Nabil dan Nazirah. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat


P/S : Tiba-tiba Admin dapat idea untuk menulis mengenai perkahwinan ini selepas baru pulang dari Ekspo Kahwin edisi ke 4 yang di adakan di Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur baru-baru ini. Mungkin selepas ini admin akan menulis tentang perkahwinan selepas ini. Jangan marah ye..



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget