BREAKING NEWS
Harga rokok naik mulai 3 Jun 2013. Harga baru sekotak rokok bermula RM10.50 sekotak. Kali terakhir harga rokok naik ialah pada 22 Oktober 2012 iaitu kenaikan sebanyak 20 sen.
Jom kita terjah harga baru rokok mulai 3 Jun 2013 yang mengalami kenaikan sebanyak 3% :-
- DUNHILL : RM10.50
- KENT : RM10.50
- BENSON & HEDGES RM10.50
- PETER STUYVESANT : RM9.00
- PALL MALL : RM9.00
- PALL MALL : RM10.90
- LUCKY STRIKE PLAIN : RM10.90
- ROTHMANS INTERNATIONAL : RM10.90.
Kenaikan harga rokok ini diumumkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia). Alasan kenaikan harga ini adalah berdasarkan faktor tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi.
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5%).
Walaupun ada yang berpendapat kenaikan harga rokok dapat mengurangkan kebolehmampuan perokok tegar membeli rokok namun saya berpendapat kenaikan ini tidak membantu mengurangkan jumlah perokok tegar. Perlu ada inisiatif yang berkesan oleh pihak swasta dan kerajaan mengurangkan jumlah perokok tegar di Malaysia. Kalau boleh hadkan jualan rokok seperti hadkan penualan arak...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~