Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BN telah diumumkan menang Pilihan Raya Ke 13 (PRU13) 2013. BN akan membentuk kerajaan pusat Malaysia dengan memperoleh majoriti 133 kerusi Parlimen. 


Dalam pada itu, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen.


Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.



Walaupun BN berjaya membentuk kerajaan Pusat, namun jumlah kerusi yang dimenangi nyata merosot berbanding PRU lalu. BN menang 133 kerusi, berbanding 2008 dengan 140 kerusi.


Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk selepas 2008, pula walaupun berjaya menambah sembilan bilangan kerusi kepada 89 kesemuanya, kekecewangan kalangan pimpinan dan penyokong apabila impian ke Putrajaya tidak kesampaian.


Sabah dan Sarawak banyak membantu memenangkan BN di peringkat Persekutuan seterusnya membentuk semula kerajaan.


Selain daripada kejutan beberapa nama-nama besar terutama dalam BN yang tewas dalam PRU kali ini, negeri yang dijangka dirampas kembali oleh parti itu berjaya menjadi kenyataan.


Kedah yang pada 2008 ditawan Pas kini kembali di bawah BN sekaligus meniupkan persepsi,anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


Bagaimanapun tiga negeri lain di bawah PR - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sukar diganggu-gugat oleh BN.


Meskipun begitu,empat Menteri Kabinet tewas dalam PRU kali ini.


Mereka ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.


Mengejutkan juga apabila bekas Menteri Besar Johor tewas di tangan pemimpin DAP dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kalah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Parlimen Bukit Katil.


Walaupun BN menang PRU13 kali ini namun ramai rakyat Malaysia KECEWA kerana tiada pengumuman cuti umum untuk 6 Mei 2013 (isnin) seperti mana yang diharap oleh rakyat Malaysia..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
1 Comments
Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget