Harga baru Petrol RON97 mulai 22 Mei 2013 ialah RM2.70 seliter. Harga baru minyak petrol RON97 mulai 22 Mei 2013 ini menyaksikan penurunan sebanyak 20 sen dari harga sebelum ini, RM2.90 seliter.
Untuk rekod, harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.
Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.
Menurut sumber, penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan.
Harap-harap selepas ini harga RON95 pula yang akan turun....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~