Festival Belia Putrajaya 2013 akan berlangsung dari 23 - 26 Mei 2013. Festival Belia Putrajaya 2013 ini dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini.
Festival Belia Putrajaya 2013 adalah menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 yang berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.
Lokasi Festival Belia Putrajaya 2013 ini adalah di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.
Festival ini akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.
Antara segmen yang dijangka menarik perhatian pengunjung adalah majlis pelancaran festival, IM4U, program antarabangsa, 1Malaysia Village, Green Village, TiTian Cinta dan Job Square.
Program baru pula yang akan diperkenalkan adalah Y Kreatif, 1Malaysia Transformasi Hub, My Book Village, Auto City, Youth Parade & Fireworks, Media Village dan World Music Festival.
Kepada mereka yang tak tahu nak buat apa cuti 3 hari ini bolehlah luangkan masa mengunjungi Festival Belia Putrajaya 2013. Banyak acara yang menarik yang akan berlangsung....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~