Diskaun dan rebat tol sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 diberikan sempena 2 perayaan itu. Diskaun tol sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 adalah antara 5-37.5%.
Pihak konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan insentif diskaun tol dan rebat sebagai menyambut seruan kerajaan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
Jom kita terjah antara konsesi lebuhraya yang menawarkan diskaun tol dan rebat sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 :-
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH),
- Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK)
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura
Diskaun 20% kepada semua kelas tunai dan Electornic Transfer Card (ETC) mulai 6 pagi Selasa hingga 6 pagi Rabu.
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
- Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GUTHRIE),
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
- Lebuhraya SMART
Diskaun 10% mulai 11 pagi Isnin hingga 8 pagi Selasa
- Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Diskaun 10% pada Selasa (12 pagi hingga 11.59 malam).
- Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
- Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP)
- Lebuhraya Senai Desaru (SDE),
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE),
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
- Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS),
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE),
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
- Lebuhraya KL-Karak (KLK)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
- Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR).
Bayaran tol 60 sen pada Hari Deepavali
- Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
Bayaran tol 20 sen pada Hari Deepavali
- Sistem Penyuraian Trafik Kl-Barat (SPRINT)
Diskaun 20% pada Hari Deepavali
- Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Terima kasih kepada semua konsesi lebuhraya yang terlibat yang memberikan diskaun dan rebat . Sekurang-kurangnya meringankan beban pengguna lebuhraya. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung sempena cuti Deepavali dan Awal Muharram ini, berhati-hati di jalan raya ya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~