Harga baru gula (terkini) mulai 29 September 2012 ialah RM2.50 Sekilogram. Naik 20 Sen !. Kenaikan harga gula atau pengurangan subsidi (bahasa psikologi yang digunakan kerajaan) diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012.
Macam biasalah setiap kali alasan kenaikan harga gula ialah ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Untuk rekod, gula sudahpun mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak :-
- RM0.20 sekilogram1 Januari 2010
- RM0.25 sekilogram 18 Julai 2010
- RM0.20 sekilogram 4 Disember 2010
- RM0.20 sekilogram 10 Mei 2011 menjadikan harga runcit terakhir RM2.30 sekilogram..
Kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.
Diharapkan pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram ini
Secara peribadi, saya merasakan pihak pembekal makanan dan restoran seharusnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~~