BERITA TERKINI
Pertempuran di Lahad Datu telah meletus ! Berlakunya insiden tembakan yang mengorbankan 2 komando tentera Malaysia, 12 penceroboh bersenjata Sulu.
Pertempuran bermula pada jam 9.59 pagi 1 Mac 2013 selepas 5 anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.
Selepas mengibarkan bendera putih, penceroboh memerhatikan gerak geri komando yang mendekati kubu mereka sebelum melepaskan tembakan. Berikutan itu, 2 anggota komando polis terkorban manakala 3 lagi anggota keselamatan negara cedera.
Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.
Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :-
Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD
Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
Kronologi insiden pencerobohan di Lahad Datu :-
Diharapkan kerajaan Malaysia dan Filipina dapat menyelesaikan kes pencerobohan ini secepat mungkin bagi mengelakkan lagi banyak pertumpahan darah berlaku. Marilah kita doakan keselamatan perajurit-perajurit kita di perbatasan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~