Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




KEPUTUSAN PENUH :


Manchester United 2-1 Arsenal

  • Manchester United : Robin Van Persie (3'), Patrice Evra (66')
  • Arsenal : Santi Cazorla (90')


Robin van Persie meledakkan satu gol untuk membantu Manchester United menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam tadi.

Penyerang antarabangsa Belanda itu mengambil masa tiga minit untuk meletakkan United di depan sebelum Patrice Evra menambah gol kedua pada minit ke-67.

Gol sagu hati skuad The Gunners hadir menerusi pemain tengah, Santi Cazorla pada masa kecederaan.

Van Persie, 29, yang menentang Arsenal buat pertama kalinya sejak melengkapkan perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta) ke United, Ogos lalu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Dia menyumbat masuk gol pendahuluan United selepas pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen gagal menghalang hantaran lintang Rafael.


United hampir menggandakan jaringan tetapi sepakan penalti penyerang England, Wayne Rooney gagal menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.

Kemenangan itu turut membolehkan skuad The Reds merampas kedudukan teratas liga daripada Chelsea selepas mengumpul 24 mata, sembilan mata di depan Arsenal yang menghuni tangga keenam.

Arsenal yang mencatat kekalahan ketiga daripada lima perlawanan terakhir terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jack Wilshere diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-69.

Wilshere yang membuat penampilan kedua selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, dilayangkan kad merah setelah mengasari Evra.



PREVIOUS ENTRY :


Keputusan Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League akan diketahui malam ini. Keputusan Manchester United VS Arsenal amat penting buat kedua-dua pasukan yang amat memerlukan 3 mata berharga.


Perlawanan Manchester United VS Arsenal yang berlangsung di Old Trafford ini pastinya penuh emosi apabila Robin Van Persie buat pertama kalinya menentang bekas kelab yang disertainya selama 8 tahun, Arsenal.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Perlawanan Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League (Liga Perdana Inggeris) akan bersiaran langsung di saluran Astro ESPN jam 8.25 malam.


Bagi yang mahu menonton perlawanan Manchester United VS Arsenal secara live streaming, anda boleh klik link di bawah ini :- 


Keputusan (result) Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League (Liga Perdana Inggeris) akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

nak arsenal menang malam ni, he he he walaupun sukar

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget