DRB Hicom sah membeli 42.74% saham Proton dari Khazanah Nasional iaitu kira-kira RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham saham. Tahniah DRB Hicom !
Ini bermakna dengan pembelian 42.74% saham Proton ini, Proton tidak lagi bergelar Government Linked company (GLC) dan bergelar syarikat swasta sepenuhnya.
Secara rasionalnya memang DRB Hicom paling layak untuk memiliki Proton berdasarkan pengalamannya dalam dalam mengendalikan pemasaran, pengedaran dan pengeluaran serangkaian luas produk dan komponen automotif berbilang jenama (multibrand) seperti Mercedes, Audi, Suzuki, Volkswagen, Honda dan Isuzu.
Nampaknya selepas ini semakin kayalah pemilik DRB Hicom, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Yang pasti kepakaran yang dimiliki DRB Hicom ia pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos untuk membolehkannya Proton bersaing dengan jenama global.
Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti. Nak keuntungan tinggi perlu hasilkan produk berkualiti barulah ramai pembeli.
Kalau kita tengok sebelum ini Proton mempunyai produk yang agak berjaya seperti Wira, Waja dan Perdana tetapi tidak dibangunkan sewajarnya, kerana tumpuan diberikan kepada produk yang baru. Ini mengakibatkan kos yang tinggi dalam membangunkan jenama.
Selepas sesuatu model dilancarkan, model sebelum itu akan di 'anak tirikan' dan tumpuan lebih menjurus kepada model baru. Ini bertentangan dengan apa yang kuasa automotif dunia praktikkan sebagai contoh Mercedes E-Class dan Honda Accord dikekalkan tetapi ia berkembang untuk satu generasi yang panjang. Produknya terus ditambah baik tetapi namanya dikekalkan.
Apa-apa pun diharapkan DRB Hicom selepas ini dapat memberi tumpuan kepada vendor Proton maklumlah dah banyak cerita kita dengar mengenai kelemahan vendor Proton yang menyebabkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Proton pudar...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~