Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Dasar Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Dasar Kerajaan. Show all posts

Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 (31 Ogos 2013)


Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 pada 31 Ogos 2013 telahpun diperkenalkan. Logo Hari kemerdekaan adalah seperti gambar di atas manakala temanya ialah 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. 


Tema hari merdeka tahun ini itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini. Antaranya ialah :-

  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
  • Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 di Pusat Maritim Putrajaya.
  • Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya, 30 Ogos 2013.
  • Perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos 2013. 

Apa pendapat anda tentang logo dan tema Hari Kemerdekan ke 56 ini. Lawa tak logo dia ? Bagi saya biasa-biasa sahaja cuma taklah teruk macam logo tahun lepas. Tahun lepas punya logo dah lah tak lawa, tema dia pula sangat berunsurkan politik sehingga diperdebatkan umum. Harap-harap lepas ini perkara ini tidak berlaku lagi....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda semua senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia. Dengan adanya senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 ini maka dapatlah anda membuat keputusan rumah terbuka manakah yang anda mahu terjah.


Jom kita terjah senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia :-


KUALA LUMPUR

Rumah Terbuka Istana Negara

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Seri Perdana, Putrajaya


KEDAH

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, Alor Setar


PULAU PINANG

Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Baru,


PERAK

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 2.30 petang - 6 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh


Rumah Terbuka Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : Kampung Sungai Rokam, Ipoh


SELANGOR

Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam


Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 9 malam - 12 malam

Tempat : Padang Astaka, Tanjong Karang


NEGERI SEMBILAN

Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Pekarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban


Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : No. 1 Kampung Tanjung, Rantau


MELAKA

Rumah Terbuka bersama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka


Rumah Terbuka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 malam - 11.30 malam

Tempat : Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka


JOHOR

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru


PAHANG

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi

Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan


Rumah Terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang


TERENGGANU

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 3 petang

Tempat : Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu


KELANTAN

Rumah Terbuka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 4 petang

Tempat : Darul Falah, Jeli


PERLIS

Rumah Terbuka Istana Perlis

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Istana Arau


Rumah Terbuka Menteri Besar, Azlan Man

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 8.15 malam

Tempat : Pusat Khidmat Pauh, Arau


SABAH

Rumah Terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu


Rumah Terbuka Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : No. 71, Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher, Kota Kinabalu


SARAWAK

Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Pusat Konvensyen Borneo, Kuching



Selamat menerjah rumah terbuka di Hari lebaran ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri akan di adakan di Putrajaya pada 8 Ogos 2013. Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Perdana Menteri bersama anggota jemaah menteri akan berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.


Bagi mereka yang nak hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri ini, anda digalakkan mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma bagi megelakkan kesesakan trafik berlaku.


Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.


Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.


Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung halaman berhari raya tu bolehlah datang beraya bersama Perdana Menteri di Putrajaya. Mana tahu boleh dapat duit raya ke...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 




Bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 RM500 akan diberikan kepada kakitangan awam dan RM250 pesara. Pengumuman bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 atau Bantuan Khas Kewangan telah dibuat oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. 


Bonus Hari Raya Aidilfitri atau Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara pada 31 Julai 2013 (rabu).


Butiran Bantuan Hari Raya 2013 (Bantuan Khas Kewangan 2013)

  • Bantuan Raya 2013 ini dikenali dengan Bantuan Khas Kewangan 2013
  • RM500 untuk 1.4 juta kakitangan awam bernilai RM670 juta
  • RM250 untuk 660,000 pesara kerajaan bernilai RM165 juta
  • Tarikh pembayaran Bantuan Hari Raya 2013 ini akan dibuat bayaran pada 31 Julai 2013
  • Pembayaran bantuan khas kewangan 2013 Hari Raya ini melibatkan gred 1 hingga gred 54

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan yang menerimanya Bantuan Raya 2013 kali ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Festival Belia Putrajaya 2013 23 - 26 Mei 2013



Festival Belia Putrajaya 2013 akan berlangsung dari 23 - 26 Mei 2013. Festival Belia Putrajaya 2013 ini dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini. 


Festival Belia Putrajaya 2013 adalah menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2013 yang berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri.


Lokasi Festival Belia Putrajaya 2013 ini adalah di sepanjang lima kilometer di Persiaran Perdana dari Presint 6, 18, dan 20.


Festival ini akan diisi dengan 30 segmen dan 500 acara itu memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.


Antara segmen yang dijangka menarik perhatian pengunjung adalah majlis pelancaran festival, IM4U, program antarabangsa, 1Malaysia Village, Green Village, TiTian Cinta dan Job Square.


Program baru pula yang akan diperkenalkan adalah Y Kreatif, 1Malaysia Transformasi Hub, My Book Village, Auto City, Youth Parade & Fireworks, Media Village dan World Music Festival.


Kepada mereka yang tak tahu nak buat apa cuti 3 hari ini bolehlah luangkan masa mengunjungi Festival Belia Putrajaya 2013. Banyak acara yang menarik yang akan berlangsung....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Barisan Menteri Kabinet Baru Malaysia 2013-2018



Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 telahpun diumumkan. Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013. 


Jom kita terjah Senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018 :-


Perdana Menteri:
Yab Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)

Timbalan Perdana Menteri:
Yab Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) Yb Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom (Umno)
(2) Yb Dato Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Yb Senator Dato Sri Idris Jala (Senator)
(4) Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pbrs)
(5) Yb Dato Seri Shahidan Bin Kassim (Umno)
(6) Yb Puan Hajah Nancy Binti Shukri (Pbb)
(7) Yb Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (Prs)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) Yb Datuk Razali Bin Ibrahim (Umno)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: Yab Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Umno)
(2) Menteri Kewangan Ii: Yb Dato Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri:
(3) Yb Datuk Ahmad Bin Maslan (Umno)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: Yab Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (Umno)
(2) Menteri Ii: Yb Dato Seri Idris Bin Jusoh (Umno)

(3) Timbalan Menteri I: Yb Datuk Mary Yap Kain Ching (Pbs)
(4) Timbalan Menteri Ii: Yb Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Mic)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Abdul Rahim Bakri (Umno)

Menteri Pengangkutan
(1) Menteri : Yb Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : Yb. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Pbb)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : Yb Dato Fadilllah Yusof (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Mustapa Bin Mohamed (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb. Hamim Bin Samuri (Umno)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Anifah Bin Haji Aman (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Hamzah Bin Zainuddin (Umno)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : Yb Dato Hasan Bin Malek (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (Umno)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Jailani Bin Johari (Umno)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : Yb Datuk Richard Riot Anak Jaem (Supp)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Ismail Bin Abd. Muttalib (Umno)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Shafie Bin Haji Apdal (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbb)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : Yb Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Halimah Binti Mohd Saddique (Umno)

Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : Yb Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Saravanan A/L Murugan (Mic)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Subramaniam (Mic)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Seri Hilmi Bin Yahaya(Umno)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Douglas Uggah Embas (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Noriah Binti Kasnon (Umno)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (Pbs)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Sri Mahdzir Bin Khalid (Umno)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : Yb Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Tajuddin Bin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : Yb Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (Umno)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Joseph Salang Anak Gandum (Prs)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : Yb Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (Umno)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : Yb Datuk Seri G. Palanivel (Mic)
(2) Timbalan Menteri : Yb Dato Dr. James Dawos Mamit (Pbb)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : Yb Datuk Rohani Binti Abdul Karim (Pbb)
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (Umno)


Nampaknya ada muka baru dan dalam barisan menteri kabinet kali ini. Antara yang digugurkan ialah Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shaziman Mansor, Datuk Seri Rais Yatim (tidak bertanding dalam pilihanraya) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (tidak bertanding dalam pilihanraya) .


Antara muka baru ialah Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Wahid Omar (bekas CEO Maybank) yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Senator -berkuatkuasa 5 Jun 2013).


Kepada semua pemimpin dalam  senarai barisan Menteri Kabinet baru Persekutuan Malaysia 2013-2018, kita rakyat Malaysia mengharapkan satu perubahan bakal berlaku di samping semua janji-janji dan manifesto dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Tahniah kepada semua pemimpin dan menteri kabinet yang dilantik. Selamat bertugas!




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Azlan Man kini Menteri Besar baru Perlis mulai 7 Mei 2013 ! Azlan Man dilantik Menteri Besar baru Perlis yang ke 11 sebaik sahaja Barisan Nasional memenangi 13 dari 15 kerusi DUN Perlis. 


Azlan Man yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini hari ini jam 10 pagi.


Azlan Man, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Raja Perlis menitahkan supaya semua pihak menyokong Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. 


Agak-agaknya apa kata orang lama dalam Umno Perlis ya? Menurut sumber, Azlan Man baru setahun jagung bertanding dan menang sekali di DUN Pauh sudah boleh diangkat dan diterima jadi MB? Kerana apa? Adakah beliau bekas pegawai P.T.D gred JUSA C di BPA Putrajaya yg boleh dianggap elit dan menjadi pemacu transformasi di Perlis ?


Apa-apa pun tahniah kepada YB Azlan Man kerana dilantik sebagai memegang jawatan Menteri Besar Perlis. Semoga YB dapat membawa kemajuan dan merancakkan pembangunan modal insan di Perlis ini nanti... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Datuk Ahmad Yakob kini Menteri Besar baru Kelantan ! Datuk Ahmad Yakob dilantik Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mulai 6 Mei 2013. 


Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan ini  mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.


ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.


Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 82, membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur. 


Terima kasih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Kelantan, hanya rakyat Kelantan sahaja yang tahu mengapa Kelantan sungguh istimewa di bawah kepimpinan ulamak. Terima kasih Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Jadual cadangan waktu perjalanan PLUS Pilihan Raya Ke 13 (PRU13) 2013 telahpun diperkenalkan oleh PLUS untuk membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya pada 4 dan 5 Mei 2013 ini. 


Jadual cadangan waktu perjalanan PLUS Pilihan Raya Ke 13 (PRU13) 2013 merupakan jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi-destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS. 


Ia dikeluarkan sebagai salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai daripada terperangkap di dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.


Jom kita terjah jadual cadangan waktu perjalanan PLUS Pilihan Raya Ke 13 (PRU13) 2013:- 


Add caption

Dijangkakan sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13 yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 20 % berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.


PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik.


Mungkin dengan pemberian cuti umum pada hari isnin 6 Mei 2013 juga dapat membantu mengurangkan kesesakan di jalanraya terutamanya mereka yang menuju ke Lembah Klang.


Setakat ini Kedah dan Terengganu sudah mengumumkan cuti umum pada isnin 6 mei 2013. Harap-harap pihak yang menang PRU 13 nanti akan  mengistiharkan 6 Mei sebagai cuti umum seluruh Malaysia....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Putrajaya 2013



Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia telahpun dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia ditawarkan kepada kakitangan awam yang bekerja di Putrajaya.


Jom kita terjah serba sedikit informasi mengenai Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Putrajaya ini : 

  • Lebih 10,000 unit rumah mampu milik ditawarkan
  • Bayaran wang pendahuluan minima RM 2,000.
  • Berharga seunit antara RM150,000 hingga RM300,000 
  • Keluasan setiap unit antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi 
  • Keutamaan diberi kepada kakitangan awam yang bekerja di Putrajaya.
  • Terbuka kepada penjawat awam warga Malaysia yang memiliki pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 8,000.

Projek hasil kerjasama SP Setia Berhad dengan Putrajaya Holdings dan Perbadanan Putrajaya ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.


Pastinya inisiatif terbaru kerajaan ini memberi khabar gembira buat semua penjawat awam terutama yang baru bekerja dan berhasrat untuk memiliki rumah pertama.


Buat masa ini masih belum diumumkan lagi cara permohonan untuk memiliki rumah ini. Bila sudah diumumkan nanti saya akan kongsikan di sini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kad diskaun 1MPrivilege yang dahulunya untuk Polis dan Tentera kini sudah diperluaskan kepada pesara kerajaan. Dengan adanya  kad diskaun 1MPrivilege maka pesara kerajaan dapat menikmati diskaun istimewa ketika membeli barang atau mendapat perkhidmatan di kedai-kedai yang menyertai program itu.


1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada tahun lalu membolehkan pesara kerajaan, ATM dan Polis mendapat diskaun antara 5% - 25% daripada harga belian barangan atau perkhidmatan.


Antara premis yang menawarkan diskaun untuk 1Malaysia Privilege Card ialah syarikat minyak BHP, pasar raya Mydin, kedai makanan segera KFC, Jakel Karpet, LegoLand dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Jom kita terjah antara kedai-kedai yang menawarkan diskaun untuk kad diskaun 1MPrivilege ini :- 




Secara peribadi bagus juga kad ini diperluaskan kepada pesara kerajaan cuma kalau kedai-kedai yang menyertainya ialah kedai yang menawarkan keperluas asas seperti makanan dan pakaian. Maklumlah orang yang dah bersara ni tak memerlukan sangat diskaun untuk kedai-kedai yang menawarkan hibutran dan permainan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Bayaran (Bonus) Kakitangan Petronas RM1000 2013 !



Kerajaan memberikan bayaran kakitangan Petronas sebanyak RM1000 seorang untuk 2013. Bonus kakitangan Petronas 2013 kemungkinan besar akan akan diberikan dalam sedikit masa lagi. 


Pembayaran sekali sebanyak RM1,000 seorang ini akan diberikan kepada 40,000 kakitangan kumpulan Syarikat Petronas.
    

Pemberian  RM1000 ini adalah berdasarkan syor Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya dan kemudiannya dililuskan kerajaan.


Kalau sebelum ini bayaran RM500 diberikan kepada kakitangan Pos Malaysia, kali ini giliran Petronas pula menerima RM1000. Mungkin selepas ini kakitangan syarikat berkaitan kerajaan yang lain pula menerima imbuhan. Itu belum kira bonus lagi...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

PRIMA Kuantan Pahang 2013 Dilancarkan !



Projek PRIMA Kuantan, Pahang telahpun dilancarkan. PRIMA Kuantan, Pahang ini merupakan perumahan mampu milik pertama di pantai timur untuk golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri. 


Projek  PR1MA  Kuantan, Pahang ini akan mula dilaksanakan pertengahan tahun ini dan dijangka siap 3 tahun lagi. 


PR1MA PR1MA  Kuantan  ini terletak di kawasan bersempadan dengan bandar Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang menyediakan peluang kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 dan tidak memiliki lebih daripada satu rumah, untuk memohon. 




Jom kita terjah antara keistimewaan PR1MA Kuantan ini :- 

  • PR1MA Kuantan akan merangkumi kediaman PR1MA, taman-taman awam, kedai runcit, pusat membeli-belah, pejabat dan lain-lain kemudahan awam.
  • Ia mudah diakses melalui Jalan Gambang, Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Pekan.
  • Di dalam pembangunan PR1MA Kuantan terdapat rumah dua tingkat dan apartmen.

Harga jualan PR1MA ini akan diumumkan nanti tapi rasanya harganya mampu milik sebab ianya 20-30% lagi murah dari harga pasaran. Nanti saya akan sharekan harganya nanti di sini.    


Mereka yang layak boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah serta memenuhi syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka. 


Kepada yang belum memiliki rumah lagi tu dan sedang mencari rumah di sekitar Kuantan, cepat-cepatlah apply rumah ini... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Pasar Bergerak 1Malaysia 2013



Pasar Bergerak 1Malaysia 2013 telahpun dilancarkan baru-baru ini. Pasar Bergerak 1Malaysia ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Pasar Bergerak 1Malaysia 2013 ini  ialah  inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan barang keperluan harian terus kepada pengguna. 


Pasar bergerak ini menggunakan sebuah bas yang diubah suai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.




Bas itu akan diiringi beberapa lori kecil yang juga diubah suai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.


Secara peribadi, bagus juga idea Pasar Bergerak ini. Semua orang akan dapat manfaat dari penjualan barang keperluan harian pada harga yang rendah tanpa perlu ke pasaraya. Hanya tunggu di lokasi yang ditetapkan sahaja.


Buat masa ini belum ditetapkan bila Pasar Bergerak 1Malaysia ini akan mula beroperasi. Bila dah confirm  nanti saya akan kongsikan di sini jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan.. Tunggu..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) bertujuan membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.


SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.


Secara ringkasnya SPP1M ini :-

  • Terbuka kepada ibu bapa dan individu untuk membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara.
  • Kadar faedah lebih rendah daripada pasaran. 
  • Bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.
  • Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi.
  • Institusi kewangan yang bersetuju yang menawarkan skim ini setakat ini ialah Maybank dan RHB Bank.
  • Ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.
  • Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com. dalam masa terdekat

Bolehlah dikatakan SPP1M ini adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai.


Buat masa ini Maybank dan RHB masih belum lagi menawarkan pinjaman ini kepada orang ramai. Mungkin bank-bank ini masih meneliti beberapa perkara yang perlu diperhalusi. Nanti saya akan sharekan di sini prosedur dan cara-cara nak memohon Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) ini nanti....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~ 



Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor 2013 kini sudah boleh dimohon. Borang Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor boleh dperolehi di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor atau di Pejabat Agama Islam Daerah. 


Jom kita terjah antara syarat-syarat permohonan program Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor ini :- 

  • Perkahwinan kali pertama.
  • Tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira.
  • Permohonan hanya untuk belia yang berkahwin bermula Januari 2013 dan berusia tidak lebih 35 tahun .
  • Pendaftaran perkahwinan di buat di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Hanya anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif ini yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hmm untung anak negeri Selangor. Kahwin pun boleh dapat RM200 kerajaan negeri bagi. Mungkin ini adalah satu inisiatif yang baik untuk menggalakkan belia berkahwin dari melakukan maksiat dan meringankan kos sara hidup selepas berkahwin


 Harap-harap negeri lain juga ada inisiatif begini bagi menggalakkan belia berkahwin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

KARISMA Hati Rakyat 2013 Dilancarkan !



Baucer KAR1SMA Hati Rakyat 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. KARISMA Hati Rakyat 2013 ini diperkenalkan khusus bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik.


Secara ringkasnya KAR1SMA Hati Rakyat 2013 ini akan membabitkan :- 

  • Pengagihan baucer Karisma Hati Rakyat akan membabitkan 200,000 penerima.
  • Membabitkan peruntukan RM50 juta.
  • Baucer khas Karisma Hati Rakyat akan diedarkan sebelum 31 Mac 2013. 
  • Baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung.
  • Baucer bantuan khas RM300 bagi penerima di Sabah & Sarawak.
  • Hanya layak untuk kegunaan untuk digunakan bagi keperluan rumah, sekolah dan khas.

Bagi memastikan bantuan berkenaan sampai kepada golongan sasaran, kerajaan menubuhkan pasukan pemantau bergerak.




Cuma apa yang menimbulkan persoalan disini bagaimana rakyat hendak tahu yang mereka akan menerima baucer KAR1SMA Hati Rakyat ini kerana buat masa ini tiada pengumuman senarai nama mereka yang akan menerima bantuan ini. 


Selain itu, persoalan lain yang timbul ialah adakah ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak? Bagaimana kerajaan menafsir maksud "golongan berpendapatan rendah"? Adakah berdasarkan berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah seperti BR1M? Harap ada penjelasan yang jelas dari kerajaan berkenaan perkara ini.


Memang banyak betul inisiatif kerajaan perkenalkan untuk membantu rakyat sejak akhir-akhir ini. Macam Santa Claus turun dari langit pula. Harap-harap tradisi ini berterusan selepas tamatnya Pilihanraya 2013 tak kiralah kerajaan mana yang akan memerintah nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Kadar baru premium insuran kereta (kenderaan) naik mulai 15 Februari 2013. Kenaikan kadar (harga) baru premium insuran kereta (kenderaan) ini dimaklumkan melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari  2013.


Ini bermakna bagi pemilik kenderaan yang akan memperbaharui insuran kenderaan, anda akan membayar dengan tarif harga yang baru mulai 15 Februari 2015 apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.


Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan caj adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.


Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.


Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.


Setakat ini berita belum lagi disiarkan lagi dalam media massa so belum tahu lagi alasan kerajaan menaikkan caj premium insuran kenderaan ini. Kalau nak tahu, sama-sama lah kita tunggu pengumuman dari kerajaan. Agak-agaknya apa lagi yang bakal kedengaran berita kenaikan selepas ini terutamanya setelah Pilihanraya Umum ke 13 nanti?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Dividen Tabung Haji 2012 ialah 8.0% (Dividen : 6.5% + 1.5 Bonus khas) ! Dividen Tabung Haji 2012 yang diumumkan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 


Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus 6% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. So kenaikan kali ini pastinya menggembirakan pendeposit Tabung Haji. 


Jom kita terjah sejarah pemberian dividen Tabung Haji dari 1994 :-

  • 1994 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1997 : 9.5%
  • 1998 : 8.0%
  • 1999 : 8.0%
  • 2000 : 5.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2002 : 3.5%
  • 2003 : 4.0%
  • 2004 : 4.3%
  • 2005 : 4.5%
  • 2006 : 4.75%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2008 : 5.0%
  • 2009 : 5.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2011 : 6.0%
  • 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus

Walaupun dividen Tabung Haji kali ini tidak setinggii pembahagian dividen Tabung Haji sekitar tahun 90an namun yang penting ianya menunjukkan peningkatan yang positif dari tahun-tahun sebelumnya!


Dengan pengumuman dividen Tabung Haji ini maka kita sebagai umat Islam khususnya bumiputera kini mempunyai banyak pilihan untuk melabur sama ada dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ke atau deposit dalam akaun Tabung Haji.


Berikut adalah dividen dana-dana yang ada di Malaysia untuk 2012 :-

  • Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) : 6.50 seunit

So nak melabur dalam dana yang mana 1? Hmm tepuk dada tanya selera. Kalau rasa nak melabur dalam dana yang syariah compliance, boleh pilih AHB atau Tabung Haji....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2013 !



Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 2013 sudah boleh dibuat ! Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 ini boleh dibuat melaliu beberapa cara.


Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.


Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :

  • Hubungi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja


Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.


Untuk rekod, pembayaran BR1M 2.0 ini sudah mula dibuat mulai 3 februari 2013. Pembayaran ini dibuat secara berperingkat. Oleh itu jangan bimbang kalau belum dapat boucher BR1M ini. Mungkin giliran anda sedikit lewat berbanding orang lain. Apa-apa pun tunggu surat dulu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~


Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget