Ampang Look Out Point (Menara Tinjau Ampang) kini telah ditutup oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana pengusaha Menara Tinjau Ampang telah melanggar peraturan.
Ini bermakna segala aktiviti perniagaan di Menara Tinjau di Jalan Hulu Langat-Ampang telah diberhentikan. Penutupan itu dibuat setelah pengusaha di situ dikesan melakukan tambahan dan pengubahsuaian yang keterlaluan sedangkan premis mereka berada di kawasan cerun.
Pengusaha gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan atau dokumen yang berkaitan kepada MPKj walaupun telah diberikan lima notis sejak Ogos 2011 Selain itu, ada juga pengusaha yang dikesan beroperasi tanpa lesen.
Pihak MPKj telah meletakkan batu penghalang di pintu masuk ke kompleks itu dan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu untuk sebarang aktiviti.
Sebelum ini kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana dari atas menara, pelancong dapat melihat keseluruhan Kuala Lumpur yang bermandikan cahaya lampu di waktu malam.
Saya pernah ke sini beberapa kali memang saya dapat lihat berlakunya pengubahsuaian yang diragui keselamatannya memandangkan kedudukan premis di cerun bukit. Bimbang akan tahap keselamatan pengunjung, saya kira memang patut tempat ini ditutup bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~