Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Skim Kawalan Harga Barang Tahun Baru Cina 2012




Skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 akan bermula dari 19-30 Januari 2012. Skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 ini meliputi 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012.


Maklumlah Chinese New Year 2012 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa. Faktor majlis perkahwinan dan kenduri kendara pada cuti perayaan ini turut menyumbang kepada peningkatan ini.


Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.


Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga barang Tahun Baru Cina 2012 di laksanakan. Jom kita terjah senarai 13 jenis barang kawalan ini :- 

  • Ayam hidup : harga maksimum RM5.90 sekilogram
  • Ayam standard : RM7/kg
  • Ayam super : RM7.80/kg
  • Telur ayam gred A : 0.36sen sebiji
  • Telur ayam gred B : 0.35sen 
  • Telur ayam gred C : 0.34sen
  • Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing) : RM3.50/kg 
  • Bawang putih China : RM5/kg
  • Ikan bawal putih besar : RM38/kg
  • Udang putih besar : RM35/kg
  • Babi hidup (hanya di peringkat ladang)  : RM20/kg
  • Perut babi : RM20/kg 
  • Daging babi tanpa lemak dan berlemak : RM15

Bagaimanapun, di Sabah dan Sarawak harga maksimum 13 barangan terbabit kira-kira 10% lebih tinggi berbanding di Semenanjung.


Apa yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini. 


Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Tahun Baru Cina kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.


Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan skim kawalan harga barangan Tahun Baru Cina 2011 sebelum membeli belah. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget