Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Menurut sumber, ujian memandu JPJ akan menggunakan kereta transmisi automatik mulai Mei 2012. Adakah ini bermakna ujian memandu JPJ akan menggunakan kereta transmisi manual akan dimansuhkan?


Sebenarnya perkara ini sudah dibincangkan sejak hujung tahun 2010 lagi, namun pelaksanaan secara mutlak dijangka bermula Mei 2012 ini. 


Secara peribadi saya merasakan ada baik buruknya pelaksanaan ujian memandu JPJ  menggunakan kereta transmisi automatik :-


Kebaikan 
  • Memberi peluang kepada pemandu wanita dan golongan yang sudah berusia untuk mendapatkan lesen memandu secara mudah.
  • Kebanyakan daripada pemandu muda di negara kita lebih gemar memandu kereta automatik berbanding manual.
  • Kebanyakan kereta yang dibeli hari ini adalah kereta automatik berbanding kereta manual terutamanya kereta buatan luar negara. 

Keburukan 
  • Kebanyakan golongan berpendapatan rendah lebih cenderung memiliki kereta manual memandangkan harganya yang lebih murah maka belajar kemahiran memandu kereta manual masih relevan kerana mereka yang mahir memandu kereta manual biasanya tahu memandu kereta automatik TETAPI mereka yang mahir memandu kereta automatik BELUM TENTU mahir memandu kereta manual.
  • Ini akan mendorong mereka yang Lulus ujian memandu menggunakan kereta automatik untuk membeli kereta automatik walaupun pada dasarnya menyedari ia melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding kereta manual. Ini menjadikan perbelanjaan golongan berpendapatan rendah meningkat sekaligus mengurangkan jumlah simpanan dalam tangan. 
  • Anda tidak dapat merasai kepuasan memandu kereta manual kerana ianya berlainan berbanding memandu kereta automatik. Pendek kata anda tidak dapat merasai kepuasan pemanduan seperti dalam perlumbaan dan drift.


Melihat kepada kebaikan dan keburukan ini rasanya adalah baiknya jika Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi pilihan kepada mereka yang mahu belajar memandu ini sama mahu menduduki ujian menggunakan kereta automatik atau manual. Barulah adilkan.. Tapi for sure ramai lelaki yang akan menduduki ujian menggunakan kereta manual untuk menjaga ego dan maruah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sharinginfoz said...

bagus juga, menyenangkan

NER said...

sangat setuju!

Liyana Zakaria said...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Saya baru sahaja memiliki lesen D pad pertengahan Mac 2012 ini. Menurut maklumat dari pihak konsortium, memang ianya akan dilaksanakan pada Mei 2012 ini.

Kemungkinan besar, lesen yang akan digunapakai oleh pemandu yang memiliki lesen kereta automatik : D (automatik). Menurut sumber lagi, sesiapa yang mempunyai lesen D dibenarkan membawa kereta manual dan automatik. Tetapi, bagi yang mempunyai lesen D (automatik)..mereka DILARANG membawa kenderaan manual (ini bermakna, mereka perlu mengambil lesen D dahulu untuk membawa kereta manual.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget