Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




KEPUTUSAN PENUH : KELANTAN 1-2 NEGERI SEMBILAN 


Keputusan Kelantan VS Negeri Sembilan menyaksikan Negeri Sembilan menggondol Piala Sumbangsih apabila menundukkan Kelantan 2-1.
 


Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan terikat 1-1. Gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha minit ke 19 setelah bijak menggelecek pertahanan Negeri Sembilan. .


Negeri Sembilan yang tersentak dengan jaringan itu pantas menyamakan kedudukan. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Jean-Emmanuel Effa Owona minit 30 yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


Separuh masa kedua menyaksikan permulaan cemerlang Negeri Sembilan apabila mendahului kedudukan hasil tandukan Jean-Emmanuel Effa Owona minit 63 yang tidak dikawal.


Kelantan menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan namun gagal menembusi pertahanan Negeri Sembilan yang dikawal rapi sehingga minit ke 90.


Kedudukan perlawanan tamat dengan Kelantan 1-2 negeri Sembilan. Ini bermakna Piala Sumbangsih menjadi milik Negeri Sembilan. Tahniah kepada Negeri Sembilan !



PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan kelantan VS Negeri Sembilan live Piala Sumbangsih 7 Januari 2012 ini kan. Keputusan kelantan VS Negeri Sembilan penting untuk membakar semangat pemain kedua-dua pasukan untuk terus mencipta kejayaan untuk musim 2012 ini. 


Perlawanan Kelantan VS Negeri Sembilan Piala Sumbangsih ini akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam.


Kelantan bakal turun menentang Negeri Sembilan dengan misi untuk mempertahankan Piala Sumbangsih yang dijulang buat pertama kali pada musim lalu.


Kelantan mahu menurunkan kesebelasan terbaik mereka untuk merealisasikan impian ini sambil berwaspada untuk mengelak kecederaan bagi menghadapi saingan musim baru Liga Super dan menentang pendatang baru Lions XII 10 Januari ini.


Walaupun Negeri Sembilan yang kini tidak mempunyai khidmat Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Hairudin Omar, Kelantan perlu berwaspada kerana lawannya tetap digeruni.


Walaupun Negeri Sembilan gagal menyenaraikan pemain dari Brazil, Marquen Nuquen Gocalves kerana tidak menepati syarat-syarat asas FAM, namun skuad itu dikatakan tetap berbisa lebih-lebih lagi baru sahaja memenangi Piala Malaysia.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Kelantan VS Negeri sembilan live di Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam. Kalau ada live straming, saya akan share di sini nanti.


Keputusan @ result kelantan VS Negeri Sembilan live Piala Sumbahsih 7 Januari 2012 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

memang pemain import n9, owona cukup bagus dan bahaya tetapi suka ngan penyerang berbisa negara, matyo

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget