BREAKING NEWS
Kerajaan negeri Melaka telah membatalkan caj warisan 5% dan digantikan dengan caj warisan sebanyak RM2 sebagai galang gantinya.
Sebelum ini, Melaka memperkenalkan caj warisan 5% terhadap penginap hotel, rumah tumpangan dan inap desa di negeri Melaka.
Ekoran pengenalan caj warisan 5% itu, terdapatnya bantahan daripada pengusaha hotel, rumah tumpangan dan inap desa yang merasakan caj itu memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.
Sebagai langkah penyelesaiannya, Kerajaan negeri Melaka mengantikan caj warisan 5% itu dengan caj RM2 dan dipersetujui pengusaha hotel.
Secara peribadi, dari dulu lagi saya TIDAK BERSETUJU dengan caj 5% ini kerana lagi saya lihat ianya lebih kepada mengaut lebih banyak lagi hasil cukai bagi menambah kewangan kerajaan Negeri Melaka. Dah la ada service tax 6%, tambah pulak lagi 5%, dah berapa?
Katakan sewa bilik di hotel harganya RM 180. Tambah service tax 6% = RM 10.80. Tambah pula dengan caj warisan 5% = RM 9. Campur semua sekali jumlahnya ialah RM 199.80!
Maknanya pelancong yang menginap di hotel membayar hampir RM 20 hanya untuk cukai kepada kerajaan. Rakyat sekarang dan makin bijak. Jangan salahkan pelancong jika mula mengalih perhatian untuk melancong di negeri yang lain pula.
Namun saya melihat caj baru RM2 ini lebih berpatutan. Rasanya ramai yang tiada masalah dengan caj RM2 ini. Barulah tidak merasa terbeban melancong dan menginap di Melaka.
Dari sudut yang lain pula, ada juga ura-ura mengatakan langkah ini terpaksa diambil bagi mengelakkan dijadikan isu untuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Wallahualam..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~