Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted
Showing posts with label Automobil. Show all posts
Showing posts with label Automobil. Show all posts



Proton Suprima S 2013 sudahpun dilancarkan ! Proton Suprima S 2013 ini dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 17 Ogos 2013 dengan harga bermula RM76,688 hingga RM79,638.


Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.


Model baru Proton Suprima S yang juga dikenali sebagai Preve hatchback adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 varian iaitu  Executive dan Premium.


Jom kita lihat model Proton Suprima S ini dengan lebih dekat :-




Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.


Proton Suprima S merupakan sebuah model yang memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.


Jom kita lihat pula permukaan dalam model baru ini :-




Permukaan dashboard model ini nampak simple dan kosong namun ciri-ciri elegan ditampilkan dengan kemasan citarasa Eropah.


Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.


Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.


Ini pula bahagian belakang model Proton Suprima S ini :-




Proton Suprima S ini menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.


Jom kita terjah harga untuk varian Proton Suprima S:-

  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


Dengan beberapa harga model lain turut berada di dalam lingkungan harga yang hampir sama, saingan sengit sudah pasti akan dihadapi oleh Suprima S ini terutamanya Toyota Vios baru yang bakal dilancarkan pada Oktober ini.  


Apa pendapat anda tentang model Proton Suprima S ini ? Secara peribadi harga yang ditawarkan adalah setaraf dengan kualiti dan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa namun bahagian belakang model ini tidak cukup mengancam untuk sebuah model hatchback....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Proton Saga SV 2013 telahpun dilancarkan ! Proton Saga SV 2013 ini menawarkan harga yang lebih rendah dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.


Majlis pelancaran Proton Saga SV 2013 ini telah barlangsung di Proton Edar outlet in Mutiara Damansara pada 15 Jun 2013. 


Proton Saga SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).


Apa yang anda perlu tahu mengenai model Proton Saga SV ini ialah :-

  • Harga Proton Saga SV yang dilancarkan ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model Saga terdahulu.
  • Memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini
  • Pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah iaitu serendah RM250 sebulan untuk memiliki Saga SV.
  • Dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm.
  • 6 warna ditawarkan untuk Saga SV baru ini seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red).



Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. 


Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.


Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV ini, maka Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia. Agaknya bilakah pula giliran kereta keluaran lain menurunkah harga ya.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Proton Suprima : Model Pengganti Proton Perdana ?



Proton Suprima pengganti model Proton Perdana ? Menurut sumber, Proton Suprima ini bakal menggantikan  Proton Perdana namun buat masa ini belum ada pengesahan dari pihak Proton. 


Di katakan Proton Suprima ini bakal  menggunakan kerangka Honda Accord. Theophilus Chin telah pun membayangkan Proton Suprima di dalam rekaan terbarunya yang berdasarkan Honda Accord seperti gambar di atas.




baru-baru ini Proton telah pun mendaftarkan nama “Proton Suprima” di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Antara nama lain yang turut didaftarkan ialah Proton Idaman, Proton Persada, Proton Exia dan Proton Esfora. 


Buat masa ini belum ada sumber-sumber sah yang menyatakan bilakah model-model baru Proton ini akan dilancarkan. Mungkin dalam masa terdekat ini Proton akan melancarkan Proton Preve Sapphire (Preve dalam bentuk hatchback). Sama-sama lah kita tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Toyota Vios baru 2013 telahpun dilancarkan di Thailand baru-baru ini. Dijangkakan Toyota Vios baru 2013 akan memasuki pasaran Malaysia hujung tahun 2013. Pasti ramai yang tertungu-tunggukan penampilan terbaru Vios ini kan. 


Tambahan pula model pertama dan kedua Vios sangat berjaya di pasaran Malaysia sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia bagi saya agak mahal.


Jom kita terjah model Toyota Vios generasi ke 3 2013 yang memasuki pasaran Thailand baru-baru ini. 




Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan amat berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang yang menampakkan seperti model kereta di pasaran Jepun dan Eropah.


Untuk pasaran Thailand, 4 varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual 5 kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan standard.


Ini pula ruang dalaman (interior) Toyota Vios 2013.




Memang nampak ciri-ciri mewah dan elegan pada permukaan dalam model kereta ini menepati citarasa peminat kereta masa kini. Permukaan dashboard dan stering jauh berbeza dengan model terdahulu.  


Menurut sumber, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik 4 kelajuan, termasuk versi manual 5 kelajuan.




Sistem gantungan (suspension) juga masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya. Mungkin Toyota ada jawapan kenapa tiada perubahan pada sistem ini. 


Jom kita terjah harga pasaran Toyota Vios 2013 ini di Thailand :-

  • Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
  • Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
  • Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
  • Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
  • Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
  • Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)




Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, anda boleh melayari terus laman sesawang Toyota Thailand untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenainya. Tak sabar nak tengok sambutan rakyat Malaysia mengenai model ini apabila dilancarkan di Malaysia tak lama lagi... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE Dan Alza S Baru 2013



Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S baru 2013 telahpun dilancarkan. Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S baru ini menampilkan warna baru iaitu warna Oren Ozzy (Ozzy Orange).


Perodua Myvi 1.3 SE terbaru merupakan model Myvi 1.3 Premium yang telah menerima naik taraf dalam siri S, kini tampil dengan ciri-ciri menarik yang diadaptasi daripada model popular Myvi 1.5 SE. Harganya  bermula dari RM44,924.30 untuk model manual dan 47,924.30 untuk automatik


Perodua Alza S pula menampilkan beberapa ciri terbaru iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan menerima kemasan baru lebih menarik di bahagian panel pintu (Painted Door Armrest & Chrome Inner Door Handle).


Perodua Alza S sebenarnya merupakan model pengganti bagi Alza versi Standard. Harganya ditetapkan bermula dari RM53,517.00 untuk varian manual dan RM56,517.00 untuk varian automatik.


Perodua Viva S pula menampilkan enjin 1.0 liter, model tersebut hanya ditawarkan dalam versi automatik pada harga kompetetif sebanyak RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30 (Metalik). Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan untuk Viva S antaranya seperti : 

  • stereng kuasa
  • pemain radio CD dengan MP3/WMA
  • kerusi dengan fungsi pelaras ketinggian
  • pelindung matahari dengan cermin dan slot pemegang tiket
  • poket di bahagian belakang kerusi
  • dulang di bawah kerusi
  • panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak
  • balutan tempat duduk dengan material bergred tinggi.



Apa yang menariknya, Perodua turut menawarkan servis percuma selama 3 tahun mengikut terma yang ditetapkan bagi model Siri S, termasuk model-model sedia ada yang lain bagi setiap pendaftaran yang bermula dari 15 Mac 2013.


Kalau anda nak lihat Perodua Viva S, Myvi 1.3 SE Dan Alza S ini denganm lebih dekat silalah berkunjung ke pusat jualan atau agen-agen Perodua seluruh negara....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kia Forte Baru 2013 @ K3



Inilah dia model Kia Forte baru 2013 @ K3 yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Kia Forte baru 2013 @ K3 juga dikenali dengan nama Kia Cerato di tempat-tempat lain. 


Kia Forte baru 2013 @ K3 dijangka bakal berada di pasaran Malaysia dan juga beberapa tempat lain dalam suku pertama tahun 2013 ini. 




Dengan menampilkan rekabentuk yang lebih segar dan elegan, model ini di jangka bakal menjadi pilihan  pembeli kereta di malaysia sekiranya ia secara rasmi dijual di Malaysia. 




Masih terlalu awal untuk mengatakan tentang spesifikasi, ruang dalaman, prestasi dan tahap keupayaan Kia Forte baru ini kerana belum ada maklumat rasmi mengenainya buat masa ini.


Sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi dari Kia sendiri mengenai model Kia Forte baru. Nanti saya akan kongsikan di sini nanti untuk tatapan kita semua...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Proton Preve Sapphire




Inilah dia Proton Preve Sapphire atau dikenali sebagai Proton Preve Special Edition (SE) yang  ditayangkan dalam 1 showcar baru-baru ini. 


Jom kita terjah koleksi gambar menarik Proton Preve Sapphire a.k.a Proton Preve Special Edition (SE) dengan lebih dekat lagi :- 






Jika diperhatikan lining silver lining di bahagian kat fog lamp seakan rekabentuk yang boleh didapati pada BMW 3 siri baru. Kebetulan atau memang ditiru dari  BMW 3 ?




Melihatkan tiger wing pada Proton Preve Sapphire ini tampak menarik apabila sudah di”bold”kan atau lebih tebal daripada wing Preve yang asal ditambah dengan lining di bahagian belakang dichromekan baru kelihatan seimbang, padat dan gagah.


Mungkin ramai yang tak tahu apa yang istimewanya pada pada Proton Preve Sapphire ini kan. Jom kita terjah permbaharuan yang di tampilkan pada model ini :-  

  • Bumper depan restyled
  • Gun metal grey colour
  • Bodykit
  • Smoked front dan rear lights
  • Blackened rooftop
  • Bolder chrome ‘proton wings’
  • Two-tone leather interior
  • LCD screen at back of front seats
  • Silver coloured door handles
  • Chrome horizontal bar at the back
  • Sport rim 18 inci








Secara peribadi, saya merasakan rekabentuk dasboardnya masih lagi kelihatan 'kurang ummph'. Harap proton boleh memberikan perhatian aspek ini di masa akan datang


Tak sangka Proton Preve di “make up” sampai begini hasilnya. Jikalau ia dijadikan sebagai realiti, pasti menarik!! Cuma buat masa ini masih belum ada perkhabaran sama ada ianya akan di realitikan atau tidak. Hanya masa akan menentukan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Proton Prevé 2012 Sudah Dilancarkan !



Akhirnya Proton Prevé sudah dilancarkan pada 16 April 2012. Proton Prevé ini dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. 


Untuk rekod, Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tunggu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.


Jom kita lihat gambaran model baru Proton ini dari depan :-




Model sedan ini ditawarkan dalam 3 varian menerusi 2 pilihan enjin dan 3 jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.


Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual 5 kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.


Enjin dengan sistem 'soft turbo' menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.


Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.


Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km




Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.


Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.


Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.


Ciri keselamatan yang ditawarkan untuk model ini ialah kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. 


Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).




Formula model Proton baru ini senang sahaja, gabungkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki seperti apa yang dilakukan oleh Kia dan Hyundai.


Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.


Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.


Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Proton Preve : Nama Sebenar Proton P3-21A 2012 ?



Menurut sumber, Proton Preve adalah nama sebenar Proton P3-21A 2012 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Nama Proton Preve ini dirahsiakan dari pengetahuan umum untuk memberi elemen kejutan buat seluruh rakyat Malaysia. 


Sebelum ini ada pihak yang meramalkan kan model baru Proton 2012 ini ialah Proton Espire. Namun begitu pengumuman secara rasmi nama model ini akan diumumkan pada tarikh pelancaran model ini nanti. 


Model ini jatuh dalam kategori sedan maka pesaing terdekat bagi model ini ialah Honda City dan Toyota Vios. Kepada mereka yang suka membuat perbandingan antara model tempatan dan antarabangsa dalam kelas yang sama, anda boleh lihat jadual di bawah ini :- 




Jom kita terjah antara spesifiikasi lain model ini secara ringkas :- 

  • Harga yang ditawarkan : Antara RM62,000 untuk model asas sehingga RM79,000 untuk model yang berspesifikasi tinggi.
  • Model ini dilengkapi enjin 1.6 liter CFE berkuasa, rangka badan (body frame) HPF yang lebih kukuh, transmisi CVT dengan tiga mode pemanduan iaitu ekonomi, sport dan SAT, penganjak pedal (paddle shifter), empat beg udara, ruang bonet seluas 508 liter, butang penghidup enjin start/stop dan pelbagai lagi.  

Secara keseluruhan, dari aspek luaran Proton P3-21A (Proton Espire) ini menampilkan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, trendy, futuristik dan kelihatan seperti kereta buatan Eropah.


Kalau nak tahu betul ke tidak nama model ini ialah Proton Preve di samping ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak model ini sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Proton sendiri mengenai model baru Proton 2012 ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Modenas Ace 115 2012



Modenas Ace 115 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Rekaan Modenas Ace 115 ini ala skuter tetapi masih berasaskan platform moped.


Dengan berslogankan “Evolusi Impian”, motosikal unik yang boleh diumpamakan sebagai model ‘skucai’ ini ditawarkan pada harga kompetetif RM4,598.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.


Jom kita lihat motosikal baru keluaran Modenas ini dengan lebih dekat :-



Sekali pandang memang nampak unik kan model ini. Jarang ada model 'skucai' yang sporty dan ranggi seperti Ace 115 ini. Antara ciri-ciri  menarik yang di tampilkan Modenas Ace 115 ini adalah seperti :

  • rim aloi
  • sistem penyerap hentak tunggal (monoshock) 
  • brek cakera dwi-piston untuk bahagian hadapan dan dram di belakang
  • sistem transmisi putaran empat kelajuan (rotating system)
  • lampu depan nyalaan lebih terang untuk tunggangan malam

Untuk mengetahui lebih jelas lagi spesifikasi model ini jom terjah jadual di bawah ini :-  




Apa pendapat anda tentang model ini ? Melihat dari harganya memang ramai yang mampu memilikinya. Dari aspek rekaan luarnya memang dah mengancam.


Namun secara peribadi saya kurang berkenan dengan motosikal yang lampu depannya pada badan kerana pada bahagian kepada motosikal nampak kosong. Macam sedikit 'kelakar' walaupun dah banyak sebenarnya motosikal menggunakan lampu di badan.


Kalau anda ingin melihat Modenas Ace 115 2012 ini dengan lebih dekat, anda bolehlah mengunjungi mana-mana wakil jualan Modenas di seluruh Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Menurut sumber, model baru Proton 2012, Proton P3-21A akan dilancarkan pada 15 Mac 2012 ini. Buat masa ini model baru Proton 2012 ini masih dikenali sebagai Proton P3-21A. Nama sebenar model ini akan diketahui beberapa hari sebelum hari pelancarannya. Besar kemungkinan nama model ini ialah Proton Espire.


Di jangkakan harga Proton P3-21A yang bakal ditawarkan adalah antara RM63,000 hingga RM73,000. Secara amnya harga ini adalah harga mampu milik memandangkan harga model-model Proton sedan yang lain juga adalah dalam lingkungan harga yang sama.


Kalau sebelum ini hanya beberapa bahagian model ini berjaya didedahkan namun kali ini gambaran penuh model ini berjaya didedahkan. 


Jom kita terjah gambar penuh Proton P3-21A ini :-






Sebenarnya gambar Proton P3-21A berjaya dirakam oleh forum Lowyat ketika pihak Proton sedang menjalankan penggambaran iklan TV. Tetapi dalam pada sorok-sorok itu, berjaya juga dirakam gambarnya.


Selepas ini mungkin spesifikasi yang ditawarkan oleh  Proton P3-21A akan didedahkan sedikit masa lagi. Bila spesifikasi penuh model ini diketahui maka mudahlah kita membuat perbandingan keseluruhan model ini dengan model-model kereta sedan yang lain yang ada di pasaran.   


Apa pendapat anda dengan dengan gambar terbaru Proton P3-21A yang mana kita boleh melihat rekabentuknya dengan lebih jelas kali ini ? Secara peribadi, saya lebih teruja jika model ini 100% sama macam Proton Tuah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

My Lease – Skim Pajakan Kenderaan EON DRB Hicom 2012



Skim My Lease iaitu Skim Pajakan Kenderaan 2012 telah diperkenalkan oleh EON DRB Hicom baru-baru ini. Konsep My Lease ini sudah pun popular di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).


Apa itu My Lease? Sebenarnya My Lease ini ialah satu skim pemajakan kenderaan komprehensif di mana ianya membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya. 


Buat masa ini skim My Lease ini disasarkan ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.


Sebagaimana yang kita tahu, nilai kereta akan susut dari tahun ke tahun. Biasanya rakyat Malaysia akan menggunakan kenderaan dalam jangka masa 10 ke 15 tahun. Bila My Lease ini dilaksanakan nanti pastinya ramai yang mengambil kesempatan menukar kereta yang baru. 




Jom kita terjah ciri-ciri skim My Lease ini :-

  • My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu servis dan penyelenggaraan kereta dan pembaharuan insurans dan cukai jalan dan banyak lagi kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemajak iaitu DRB-Hicom Leasing.
  • Pemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli.
  • Tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing.
  • DRB-HICOM Leasing turut menyediakan pakej tambahan seperti, khidmat selepas pajakan, pusat khidmat pelanggan 24 jam, perkhidmatan tunda kenderaan di seluruh Malaysia, kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan dan program penggantian kenderaan.

Secara peribadi ada baiknya juga skim ini apabila segala urusan servis, cukai jalan dan insuran diuruskan sendiri oleh DRBHicom. Apa yang anda perlu fikirkan ialah mengisi minyak sahaja dan yang paling penting sekali ialah bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli.


Namun begitu pada masa yang sama saya dapat melihat kekurangan pada skim ini kerana kereta itu bukan milik kekal anda. Mungkin sebarang pengubahsuaian tidak dibenarkan sama sekali.


Mungkin beberapa persoalan ini perlu dijawab DRB Hicom sebelum melancarkan skim ini sepenuhnya :-

  • Berapa anggaran jumlah pembayaran bulanan jika benar ianya lebih rendah dari sewa beli ?
  • Berapa lamakah tempoh perjanjian antara EON dan pengguna ? Adakah pihak EON akan tetapkan tempoh perjanjian atau pengguna mempunyai pilihan untuk menetapkan berapa lamakah pemilikan kereta itu?
  • Apa yang akan DRB Hicom akan dilakukan dengan kereta terpakai nanti ? Adakah akan ditawarkan kepada pengguna lain dengan yuran bulanan yang lebih rendah ?


Apa pula pendapat anda mengenai My Lease (Skim Pajakan Kenderaan) ini ?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Perodua Alza Smart Ride (SR) 1.5l Baru 2012


Perodua Alza Smart Ride (SR) 1.5l baru 2012 telahpun dilancarkan pada 2 Februari 2012. Perodua Alza Smart Ride (SR) 1.5l baru 2012 ini menawarkan harga yang mampu milik iaitu serendah RM53,013 bagi semenanjung Malaysia. 


Secara amnya Perodua Alza SR masih mengekalkan beberapa ciri utama varian Alza edisi sebelum ini seperti dari aspek ruang dalaman yang luas. 


Perodua Alza SR ini di datangkan dengan 3 warna pilihan iaitu Glittering Silver (Perak), Ivory White (Putih) dan warna baru Mystical Purple (Ungu) sambil mengekalkan enjin 1.5 liter seperti varian terdahulu. 




Untuk menjadikan harga Alza SR ini lebih murah, beberapa aksesori tidak di sertakan sekali seperti beg udara keselamatan, sistem brek anti kunci ABS, EBD dan BA, tiada butang kawalan audio di roda stereng, serta penggunaan satu tona warna untuk papan pemuka dan kemasan dalaman.


Antara perbezaan ketara antara model baru Alza SR dengan Alza edisi sebelum ini ialah hand break nya kini berada di sebelah kiri pemandu berbanding edisi sebelum ini yang terletak di dashboard.  



Jom kita terjah pula harga jualan Perodua Alza SR (OTR Price) di Semenanjung Malaysia :

  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
  • Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50

Kepada pelanggan yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan di semua 178 pusat jualan Perodua di seluruh negara.


Secara peribadi, model ini amat sesuai sekali bagi golongan keluarga muda yang mahukan sebuah MPV kompak dengan ciri-ciri seperti sebuah sedan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Toyota Avanza Baru 2012 (1.3E,1.5E, 1.5G, 1.5S)



Toyota Avanza baru 2012 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Toyota Avanza baru ini telah diperkenalkan di Indonesia pada penghujung tahun 2011 iaitu sedikit awal dari Malaysia. 


Toyota Avanza baru 2012 di datangkan dengan 4 varian sebagai pilihan dengan kapasiti  enjin 1.3 liter dan 1.5 liter, di mana varian 1.3E liter ditawarkan kotak gear manual manakala untuk 1.5E, 1.5G, 1.5S pula kotak gear automatik. 


Totota Avanza 1.3E dilengkapi enjin berkapasiti 1.3 liter yang menghasilkan kuasa 91ps dan 117Nm tork maksimum. Enjin berkod K3-VE 4 silinder sebaris itu sudah popular untuk model kompak terlaris di Malaysia, dilengkapi ciri 16 valve DOHC, rantai pemasaan (timing chain) dan sistem VVT-i yang berupaya menambahkan kuasa dan kelancaran enjin, selain beroperasi lebih cekap dan ekonomi.


Bagi Varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S, kesemua model itu dilengkapi enjin berkapasiti 1.5 liter berkod 3SZ-VE dengan keluaran kuasa kuda setinggi 103ps dan 136Nm tork maksimum. Enjin sebaik itu turut dilengkapkan dengan sistem VVT-i yang mampu membantu penjimatan bahan api. 




Inilah dia ruang dalaman (interior) Avanza baru ini. Nampak kemas, elegan dan menarik. Ruang dalamannya cukup luas dan selesa untuk 7 orang penumpang. 


Terdapat juga perubahan kosmetik di bahagian luarannya yang kelihatan lebih sporty, terutamanya di bahagian depan dan belakang, termasuk lampu utama depan dan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru.


Bampar depan termasuk jeriji, begitu juga rekaan keseluruhan bahagian belakang termasuk bampar, didapati penampilan Avanza baharu ini tidaklah menghampakan.


Menurut sumber, Avanza baru ini mempunyai ciri pemanduan dan kestabilan yang telah dipertingkatkan berbanding Avanza generasi pertama. Toyota sudah menaik taraf sistem ampaian baru di bahagian roda depan dan belakang yang menyerap hentakan lebih baik untuk perjalanan yang lebih lancar dan selesa.


Jom kita terjah pula harga setiap varian Toyota Avanza baru 2012 ini :-






Harga paling rendah untuk Avanza baru ini ialah RM63,864.00. Pada pendapat saya harganya kompetitif jika dibandingkan dengan harga MPV di dalam kelasnya.  


Nampaknya Toyota Avanza baru ini akan bersaing dengan Proton Exora Bold yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.


Apa pendapat anda tentang model baru Avanza ini? Kalau anda hendak melihat model ini dengan lebih dekat silalah berkunjung ke mana-mana ajen jualan Toyota seluruh Malaysia. Manalah tahu rupanya kereta inilah yang anda nantikan selama ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

DRB Hicom Beli 42.74% Saham Proton Dari Khazanah Nasional



DRB Hicom sah membeli 42.74% saham Proton dari Khazanah Nasional iaitu kira-kira RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham saham. Tahniah DRB Hicom !


Ini bermakna dengan pembelian 42.74% saham Proton ini, Proton tidak lagi bergelar Government Linked company (GLC) dan bergelar syarikat swasta sepenuhnya. 


Secara rasionalnya memang DRB Hicom paling layak untuk memiliki Proton berdasarkan pengalamannya dalam dalam mengendalikan pemasaran, pengedaran dan pengeluaran serangkaian luas produk dan komponen automotif berbilang jenama (multibrand) seperti Mercedes, Audi, Suzuki, Volkswagen, Honda dan Isuzu.  


Nampaknya selepas ini semakin kayalah pemilik DRB Hicom, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Yang pasti kepakaran yang dimiliki DRB Hicom ia pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos untuk membolehkannya Proton bersaing dengan jenama global.


proton drb hicom 2 DRB HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun?


Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti. Nak keuntungan tinggi perlu hasilkan produk berkualiti barulah ramai pembeli.


Kalau kita tengok sebelum ini Proton mempunyai produk yang agak berjaya seperti Wira, Waja dan Perdana tetapi tidak dibangunkan sewajarnya, kerana tumpuan diberikan kepada produk yang baru. Ini mengakibatkan kos yang tinggi dalam membangunkan jenama. 


Selepas sesuatu model dilancarkan, model sebelum itu akan di 'anak tirikan' dan tumpuan lebih menjurus kepada model baru. Ini bertentangan dengan apa yang kuasa automotif dunia praktikkan sebagai contoh Mercedes E-Class dan Honda Accord dikekalkan tetapi ia berkembang untuk satu generasi yang panjang. Produknya terus ditambah baik tetapi namanya dikekalkan.


Apa-apa pun diharapkan DRB Hicom selepas ini dapat memberi tumpuan kepada vendor Proton maklumlah dah banyak cerita kita dengar mengenai kelemahan vendor Proton yang menyebabkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Proton pudar...



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~~



Menurut sumber, ujian memandu JPJ akan menggunakan kereta transmisi automatik mulai Mei 2012. Adakah ini bermakna ujian memandu JPJ akan menggunakan kereta transmisi manual akan dimansuhkan?


Sebenarnya perkara ini sudah dibincangkan sejak hujung tahun 2010 lagi, namun pelaksanaan secara mutlak dijangka bermula Mei 2012 ini. 


Secara peribadi saya merasakan ada baik buruknya pelaksanaan ujian memandu JPJ  menggunakan kereta transmisi automatik :-


Kebaikan 
  • Memberi peluang kepada pemandu wanita dan golongan yang sudah berusia untuk mendapatkan lesen memandu secara mudah.
  • Kebanyakan daripada pemandu muda di negara kita lebih gemar memandu kereta automatik berbanding manual.
  • Kebanyakan kereta yang dibeli hari ini adalah kereta automatik berbanding kereta manual terutamanya kereta buatan luar negara. 

Keburukan 
  • Kebanyakan golongan berpendapatan rendah lebih cenderung memiliki kereta manual memandangkan harganya yang lebih murah maka belajar kemahiran memandu kereta manual masih relevan kerana mereka yang mahir memandu kereta manual biasanya tahu memandu kereta automatik TETAPI mereka yang mahir memandu kereta automatik BELUM TENTU mahir memandu kereta manual.
  • Ini akan mendorong mereka yang Lulus ujian memandu menggunakan kereta automatik untuk membeli kereta automatik walaupun pada dasarnya menyedari ia melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding kereta manual. Ini menjadikan perbelanjaan golongan berpendapatan rendah meningkat sekaligus mengurangkan jumlah simpanan dalam tangan. 
  • Anda tidak dapat merasai kepuasan memandu kereta manual kerana ianya berlainan berbanding memandu kereta automatik. Pendek kata anda tidak dapat merasai kepuasan pemanduan seperti dalam perlumbaan dan drift.


Melihat kepada kebaikan dan keburukan ini rasanya adalah baiknya jika Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi pilihan kepada mereka yang mahu belajar memandu ini sama mahu menduduki ujian menggunakan kereta automatik atau manual. Barulah adilkan.. Tapi for sure ramai lelaki yang akan menduduki ujian menggunakan kereta manual untuk menjaga ego dan maruah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget