Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MANCHESTER CITY 2-3 MANCHESTER UNITED

  • Man United : Wayne Rooney (2 gol), Danny Welbeck
  • Man City : Alaxander Kolarov, Sergio Aguero

Keputusan Manchester City VS Manchester United FA Cup menyaksikan Manchester City tumpas 2-3 kepada Manchester United dalam perlawanan yang mendebarkan.


Separuh masa pertama menyaksikan Manchester United mendahului kedudukan apabila tandukan Wayne Rooney meletakkan United di depan 0-1.




Man City sekali lagi tersentak selepas Vincent Kompany dilayangkan kad merah minit ke 16 selepas melakukan takel kontroversi ke atas Nani. Ulang tayang menunjukkan Kompany melakukan takel ke atas bola bukannya ke kaki Nani.


Gol ke 2 Man United dijaringkan oleh Danny Welback menerusi sepakan half volley ketika keadaan kelam kabut di depan pintu gol Man City minit ke 30




United dihadiahkan sepakan penalti selepas Danny Welbeck dijatuhkan pertahanan City di dalam kotak penalti. Sepakan penalti disempurnakan Wayne Rooney untuk meletakkan kedudukan separuh masa pertama Man City 0-3 man United. 


Separuh masa ke 2 bermula cemerlang untuk Man City apabila berjaya merapatkankan kedudukan menerusi Alaxander Kolarov minit ke 48 menerusi sepakan percuma yang cantik.


Usaha berterusan Man City untuk menambah gol berjaya apabila Sergio Aguero menjaringkan gol ke 2 Man City setelah menyambar bola muntah dari penjaga gol United, Lindergaard untuk menjadikan kedudukan 2-3.  




Man City GAGAL menambah jaringan selepas itu setelah Man United berjaya mengekang asakan pemain Man City untuk mengekalkan kedudukan 2-3 sehingga tamat 90 minit permainan.


Ini bermakan juara bertahan, Man City terkandas di peringkat pusingan ke 3 manakala Man United mara ke pusingan ke 4.


Apa-apa pun Tahniah untuk Man City juga kerana berjaya menampilkan aksi melawan sehingga berjaya menjaringkan 2 gol walaupun bermain 10 orang...



PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) 8 Januari 2012. Keputusan Manchester City VS Manchester United ini penting untuk mengetahui pasukan manakah yang layak beraksi di pusingan ke 4 nanti.


Untuk rekod, dalam pertembungan 2 pasukan ini yang terakhir menyaksikan Manchester United dibelasah Manchester City 1-6 di Old Trafford dalam perlawanan liga.


Sebelum itu Manchester United menundukkan Manchester City 3-2 dalam Community Shield Cup yang berlangsung di Stadium Wembley.


Jom kita terjah kesebelasan utama perlawanan Manchester City VS Manchester United Piala FA (pusingan ke 3) 8 Januari 2012 ini :-




Manchester United pastinya mengharapkan gandingan Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Nani untuk merobek gawang Manchester City. Cuma agak merisaukan gawang United kerap dibolosi sejak akhir akhir ini.


Manchester City pula mahu menggunakan peluang bermain di gelanggang sendiri untuk menundukkan United dengan mengharapkan Sergio Aguero dan Edin Dzeko untuk mengancam kubu United. 


Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) jam 9 pm di Astro Star Sport saluran 813. Kalau ada live streaming, saya akan update kemudian.


Keputusan @ result Manchester City VS Manchester United live FA Cup (Pusingan ke 3) 8 Januari akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

dah 3-0, man city main ngan 10 org

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget