Jadual perlawanan Liga Super 2012 telah diumumkan sebelum mulanya musim Liga Super 2012 secara rasmi. Jadual perlawanan Liga Super 2012 dikeluarkan untuk memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding untuk membuat persiapan lebih awal mengharungi musim 2012 kali ini.
Sebanyak 14 buah pasukan negeri dan kelab menyertai Liga Super 2012. Pasukan-pasukan tersebut adalah Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, T-Team, Sabah, Sarawak, Felda United, Johor FC, Lion XII FC, PKNS dan Kuala Lumpur.
Untuk peminat bolasepak tempatan, anda boleh rujuk jadual perlawanan Liga Super 2012 di bawah ini bagi memudahkan anda mengetahui perlawanan seterusnya pasukan pilihan anda.
Jangan lupa serbu stadium-stadium berdekatan anda bagi menyaksikan kehangatan Liga Super musim 2012 kali ini. Selain itu, TV1 dan Astro Arena saluran 801 akan menyiarkan perlawanan terpilih setiap minggu.
Apa-apa pun teruskan menyokong bolasepak Malaysia. Semoga bolasepak Malaysia akan mencapai tahap tertinggi suatu hari nanti. InsyaAllah...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~