Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan  dari tuduhan. Keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim pastinya melegakan penyokong Pakatan Rakyat.


Dato Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 4 tahun lalu. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.


Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.




Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.


DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.




Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.


Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.




Bagaimanapun, 4 tahun selepas itu, Anwar dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.


Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget