Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Try Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam



Baru-baru ini saya ada singgah di Seksyen 7 Shah Alam untuk merasa sendiri burger bakar Abang Burn. Walaupun burger bakar ini dah lama popular di Malaysia tapi inilah kali pertama saya menikmati burger bakar ini. (maaf ketinggalan zaman huhu...)


Kedai burger bakar Abang Burn ini terletak Jalan Plumbum U/7 Shah Alam iaitu jalan menuju masuk ke pintu utama i-City. Cawangan-cawangan lain adalah di Ampang, Kajang-Bangi, Kota Damansara, Sunway-Subang, Johor Bahru dan banyak lagi.


Inilah menu yang ditawarkan di Kedai Burger Bakar Abang Burn :-




Saya order 1 burger burn cheese beef dan 1 burger burn cheese chicken. Harganya ialah RM8.50 setiap satu. Kalau tengok kat katalog memang nampak menarik dan menyelerakan !


Inilah dia burger burn cheese beef :-




 Inilah dia burger burn cheese chicken pula :-




Kedua-dua burger ini memang sedap. Daging dan ayam yang dibakar memang terbaik punya. Gabungan sos, mayonis, keju, dan salad menambah kelazatan burger ini. Saiz burger yang besar meyebabkan saya kenyang sampai malam.


Secara overall saya bagi 8.5 out of 10. Not bad at all. Kalau anda belum merasa lagi bolehlah singgah di mana-mana cawangan kedai burger bakar Abang Burn seluruh Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Permohonan Rumah PR1MA Secara Online Kini Dibuka !


Kini permohonan rumah PR1MA secara online telah dibuka ! Permohonan rumah PR1MA secara online ini boleh dibuat mulai 8 Disember 2012 (sabtu) melalui laman web www.pr1ma.my.


Kepada yang belum ada rumah sendiri lagi dan masih mencari rumah pertama, bolehlah cuba-cuba membuat permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ini.


Kalau sebelum ini, permohonan rumah PR1MA Malaysia dibuat secara sistem manual iaitu secara pos, kali ini lebih mudah. Sekarang ini, permohonan sudah boleh dibuat melalui laman web www.pr1ma.my.


Macam mana nak tahu yang kita ini ini layak memohon atau tidak ? Inilah dia syarat-syarat permohonan Rumah PR1MA Malaysia?

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Jom kita terjah antara kawasan yang akan dibangunkan projek PR1MA :-




Ini pula lakaran projek perumahan PR1MA di Seremban Utara :-




Untuk pengetahuan anda, rumah PR1MA ini diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Ini bermakna TIADA JAMINAN semua yang memohon akan dapat.


Walaubagaimanapun proses pengundian akan dipantau firma akauntan bertauliah dan setiap permohon mempunyai peluang yang sama rata. Harap-harap tiada isu pemohon menggunakan "orang dalam".


Tahu tak bagaimana kerajaan dapat menawarkan harga rumah ini pada nilai yang mampu milik? Sebenarnya kerajaan telah membantu dalam aspek nilai tanah, hanya dikenakan caj untuk pembinaan rumah, oleh sebab itu harga rumah dapat ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada pasaran sekarang iaitu di antara RM100,000 sehinggalah ke RM400,000


Namun begitu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Rumah yang berjaya dimiliki tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA selama 10 tahun dan pemiliknya MESTI tinggal di rumah PR1MA tersebut.


Ini bermakna pemiliknya TIDAK BOLEH sewakan rumah itu kepada orang lain. Secara peribadi, ia syarat yang baik cuma bagaimana ya PR1MA dapat memastikan supaya pemilik mesti tinggal di sana ya? Mungkin hanya pihak PR1MA sahaja yang tahu.


Tahniah kepada kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana terus dibela. Bagi yang mahu memohon cepat-cepatlah membuat permohonan melalui online di www.pr1ma.my



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Inilah dia keputusan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 5 Disember 2012 untuk kumpulan A, B, C dan D :-


Kumpulan A


Dynamo Kyiv 1-1 Dinamo Zagreb 
  • Dinamo Zagreb : J. Schieber 
  • Dynamo Kyiv  : A. Yarmolenko 

Paris Saint Germain 2-1 Porto
  • PSG : Thiago Silva, E. Lavezzi 
  • Porto : J. Martinez


Kumpulan B


Montpellier 1-1 Schalke
  • Montpellier : E. Herrera 
  • Schalke : B. Höwedes 

Olympiakos Piraeus 2-1 Arsenal
  • Arsenal : T. Rosicky
  • Olympiakos : I. Maniatis, K. Mitroglou 

Kumpulan C


AC Milan 0-1 Zenit St Petersburg
  • Zenit St Petersburg : Danny 

 Malaga 2-2 Anderlecht
  • Malaga : Duda (2 Gol)
  • Anderlecht : M. Jovanovic, D. Mbokani 

Kumpulan D


Real Madrid 4-1 Ajax Amsterdam
  • Real Madrid : Cristiano Ronaldo, Jose Callejon (2 gol), Kaka, 
  • Ajax Amsterdam : D. Boerrigter

Borussia Dortmund 1-0 Manchester City
  • Borussia : J. Schieber 

Inilah dia kedudukan terakhir kumpulan A, B, C dan D setelah tamatnya perlawanan pada 5 Disember 2012 iaitu perlawanan terakhir peringkat kumpulan :-





Ini bermakna PSG, Porto, Schalke, Arsenal, Malaga, AC Milan, Borussia Dortmund dan Real Madrid layak ke pusinagan ke 2 Liga Juara Juara Eropah 2012/2013.


Siaran langsung (live) perlawanan UEFA Champion League ini telah disiarkan di saluran Astro SuperSports jam 3.40 pagi 5 Disember 2012. Untuk menonton secara live streaming klik sini : http://www.lshunter.tv/


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengikuti perkembangan terkini setiap perlawanan Liga Juara Juara Eropah dari masa ke semasa....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~





KEPUTUSAN PENUH :

Malaysia 2-0 Indonesia
  • Malaysia : Azammudin Akil (26'), Mahali Jasuli (29')

Keputusan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 menyaksikan Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia sekaligus Malaysia layak ke peringkat separuh akhir.


Pada separuh masa pertama, Indonesia banyak mengasak ke kubu Malaysia sepanjang 20 minit permainan melalui banyak percubaan ke arah kubu Malaysia.


Walaupun Indonesia banyak mengasak namun Malaysia berjaya mendapat gol pertama menerusi Azammudin Akil minit ke 26 hasil hantaran silang Mahali Jasuli.


Tak lama kemudian hasil gandingan Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli berjaya mendapatkan gol ke 2 Malaysia pada minit ke 29 menerusi Mahali Jasuli yang menjaringkan gol dari sudut yang sukar.


Tamat separuh masa tamat dengan Malaysia mendahului dengan kedudukan Malaysia 2-0 Indonesia.


Pada separuh masa kedua, Malaysia dilihat banyak bertahan. K. Rajagopal memasukkan Gary Steven Robat, Fakri Shaarani dan Amar Rohidan untuk mempertahankan kedudukan 2-0.


Walaupun Indonesia banyak mengasak namun disipilin tinggi barisan pertahanan Malaysia berjaya mengekang serangan Indonesia sepanjang 90 minit permainan.


Tamat perlawanan Malaysia 2-0 Indoesia. Dalam satu lagi perlawanan, Singapura menundukkan Laos 4-3. Ini bermakna Malaysia muncul naib juara kumpulan B di belakang Singapura.


Dalam separuh akhir nanti, Malaysia akan menentang Thailand (Juara kumpulan A) manakala Singapura akan menentang Filipina..


Tahniah buat skuad Harimau Malaya. Semoga berjaya memepertahankan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang di menangi pada 2010....


PREVIOUS ENTRY 


Keputusan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS Indonesia amat penting untuk mengetahui pasukan manakah layak ke separuh akhir. 


Perlawanan Malaysia VS  Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura manakala Laos pula seri 1-1 menentang Indonesia.


Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pula, Indonesia menewaskan Singapura 1-0 manakala Malaysia menang besar 4-1 ke atas Laos.


Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia. Manakala Indonesia hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.40 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012  boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS Indonesia Live AFF Piala Suzuki 1 Disember 2012 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sementara menunggu perlawanan ini berlangsung apa kata kita menonton :




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH : 


Malaysia 4-1 Laos
  • Malaysia : Safiq Rahim (15'), Safee Sali (66'), Wan Zack Haikal (75'), Khyril Muhaimeen (79')
  • Laos : Khonesavanh (39')

Keputusan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 menyaksikan Malaysia menang 4-1 ke atas Laos dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan B.


Pada separuh masa pertama, Malaysia menguasai permainan. banyak serangan yang dijanakan pemain Malaysia. Hasilnya Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma cantik minit ke 15.


Walaubagaimanapun Laos berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan Khonesavanh yang mengenai kaki Aidil Zakwan sekaligus melantun melepasi Farizal Marlias


Tamat separuh masa pertama, kedudukan Malaysia 1-1 Laos. Malaysia menguasai permainan namun Laos berjaya menjaringkan gol penyamaan.


Separuh masa kedua Malaysia terus mengasak mencari gol kemenangan. Banyak percubaan ke arah pintu gol Laos menerusi NorSHahrul Idlan Talaha dan Safee Sali namun dinafikan penjaga gol Laos.


Gol ke 2 Malaysia hadir menerusi tab Safee Sali yang menerima hantaran silang Wan Zack menewaskan penjaga gol Laos.


Harimau Malaya terus mengasak dan terus menambah gol ke 3 menerusi tandukan Wan Zack Haikal minit ke 75 hasil hantaran Gunalan.


Gol ke 4 hadir menerusi Khyril Muhaimeen yang membuat larian solo minit ke 79 lalu mudah menewaskan penjaga gol Laos.


Kedudukan Malaysia 4-1 kekal sehingga ke wisel penamat ditiupkan. Selepas ini Malaysia akan menentang Indonesia pada 1 Disember 2012. Malaysia harus MENANG menentang Indonesia untuk layak ke peringkat separuh akhir...


P/S : Dah habis game apa lagi moh kita main RM1,000,000 Where The Money Drop atau menonton Fear Factor Malaysia ini ...



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS  Laos amat penting buat kedua-dua pasukan perlu menang bagi mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. 


Perlawanan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura manakala Laos pula seri 1-1 menentang Indonesia.


Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.40 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sementara menunggu perlawanan ini berlangsung apa kata kita main RM1,000,000 Where The Money Drop atau menonton Fear Factor Malaysia ini terlebih dahulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget