Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Bodykit Proton R3 Untuk Pemilik Kereta Proton



Mulai hari ini, pemilik kereta Proton berpeluang untuk memiliki bodykit Proton R3 (race,rally,research) yang telah mula di jual di website Proton. 


Ini pastinya berita baik buat pemilik kereta Proton yang mahukan penampilan bodykit yang berbeza, aksesori tambahan dan mementingkan prestasi di tahap tertinggi.




Antara bodykit Proton R3 yang di tawarkan adalah untuk model Gen2, Persona, Exora, Saga dan Satria Neo. Harganya pula berpatutan sekitar di bawah RM 10 500 bergantung kepada model kereta.


Aksesori yang di tawarkan pula meliputi R3 Performance Spring Set, Cylinder Head Gasket, Oil Filter, 205/45/16 Tyres, Tyre Valve Set dan banyak lagi.





Juga di nyatakan di mana pemilik kereta Proton boleh mendapatkan bodykit ini dan kebanyakannya boleh di dapati di service centre Proton di sekitar Lembah Klang.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jualan bodykit Proton R3 ini, anda boleh klik di sini http://www.proton.com/Motorsports/R3-Accessories.aspx.


Adios~~~~~



Nampaknya juara @ pemenang Mari Menari Astro musim pertama 2010 milik pasangan Razif. Tempat kedua jatuh kepada pasangan Ariz.


Ini bermakna pasangan Razif membawa pulang hadiah sebuah kondominium The Haven berharga RM 350 000, trophi dan pakej percutian ke Bali.


4 Pasanagan berentap di malam kemuncak Mari Menari ialah pasangan Razif, pasangan Ariz, pasangan Zul dan pasangan Fahmi.




Pada malam kemuncak Mari Menari, 4 pasangan yang layak ke final telah mempersembahkan tarian melayu kotemporari untuk tugasan yang pertama. 


Setelah undian ditutup sementara selepas tugasan pertama, pasangan Zul dan pasangan Fahmi tersingkir kerana kurang mendapat undian dari penonton. 


Setelah tugasan kedua hanya pasangan Razif dan pasangan Ariz yang berentap menari tarian latin. Kedua-diua pasangan menampilkan gaya tarian yang memukau penonton. 




Sementara menanti pengumuman juara @ pemenang Mari Menari Astro Musim Pertama 2010 , penonton dihiburkan oleh Adira AF8, Ahmad Dhani (Dewa) dan video klip bintang Raja Lawak yang meniru aksi peserta Mari Menari.   


Akhirnya  pasangan Razif di umumkan sebagai juara @ pemenang Mari Menari Musim Pertama. Tahniah kepada mereka kerana pengorbanan mereka selama ini berbaloi..


P/S: Keputusan separuh akhir Piala Suzuki Malaysia VS Vietnam ialah Malaysia 0-0 Vietnam tetapi Malaysia mara ke final dengan aggregat 2-0. Nak tahu lebih lanjut boleh baca di blog SharingInfoz ini....


Adios~~~~

Pilihanraya Kecil DUN Tenang (N5) Johor



Nampaknya tak lama lagi akan di adakan pilihanraya kecil DUN Tenang (N5) Johor berikutan  kematian ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember 2010.


Dijangkakan pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.


Ini bermakna akan berlaku pilihanraya kecil lagi kerana belum cukup 3 tahun selepas PRU 12 tahun 2008. Boleh di katakan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.




Untuk rekod, DUN Tenang mempunyai 49.66 % pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 %, India 12.11 % dan bangsa-bangsa lain 0.10 %.


Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Ini merupakan kemenangan kedua beliau ke atas lawan yang sama dalam 2 pilihanraya.


Tak kisahlah siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil DUN (N5) Johor ini. Yang penting wakil rakyat yang baru nanti mestilah berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati...


Adios~~~~~

External Hard disk Yang Menjadi Kegilaan Lelaki



Begitu banyak external hard disk yang ditawarkan di pasaran tetapi yang satu ini pasti menjadi idaman untuk dimiliki oleh setiap lelaki di dunia.


External hard disk yang di beri nama Playboy Portable Hard Drive ialah sebuah hard disk berkapasiti 250 GB yang di datangkan dengan logo eksklusif  Playboy.


Apa yang menarik, di dalamnya terdapat semua majalah Playboy dari edisi tahun 1953 sampai 2010 yang semuanya diubah ke dalam bentuk majalah digital. Kalau dihitung, ada sekitar 650 edisi majalah Playboy di dalamnya atau sekitar 100 000 halaman.


Bagaimana? Tertarik ? Untuk makluman, harganya ialah US$ 299.95. Mampu ke? Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik di sini http://www.playboyarchive.com/shop/HardDrive.htm.


Adios~~~~



Program realiti nyanyian di TV3, Mentor kini bakal kembali untuk musim kelima. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Mentor boleh dianggap sebagai nadi utama program realiti TV3 di Malaysia.


Barisan Mentor Musim ke 5 yang menjadi tenaga pengajar musim ini ialah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Rahim Maarof, Edry KRU dan Erra Fazira sebagai sifu dalam Mentor musim terbaru ini.




Tarikh ujibakat ialah pada 18 Disember 2010 hingga 30 Januari 2011 di Sabah dan Sarawak diikuti dengan Semenanjung Malaysia di Sri Pentas TV3. Ujibakat akan diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


Protege mestilah berusia antara 18 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal dan pakej, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.




Peserta yang menghadiri ujibakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.


Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protege kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke lokasi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:


• 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

• 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

• 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)

• 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)

• 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)

• 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)

• 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)

• 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)


Selamat maju jaya kepada peserta yang mahu menghadiri ujibakat Mentor musim ke 5 ini. Pastikan anda melakukan persedian terlebih dahulu sebelum menghadiri ujibakat...


 Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget