Budak-budak sekarang ni memang expert dari segala aspek. Maklumlah lahir pada era millenium. Kalau zaman dahulu budaknya lebih ke arah kekampungan, budak zaman sekarang semua benda nak cuba termasuklah bercinta.
Baru-baru ni aku sempat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Majlis Cukur Jambul anak saudara yang baru. Dalam kesibukan majlis itu, ada sesuatu yang menarik perhatian ku...
Nak tahu apa benda? Jom kita terjah gambar di bawah ini:-
Yang baju itu anak sedara aku. Baru form 4. Bawak awek tu datang makan kenduri. Mak aii..
Dalam kesibukan majlis itu sempat diorang menyelinap masuk makan di dapur
Memang dah jadi trend sekarang ni bercinta di bangku sekolah kan. Inilah di katakan cinta monyet.
Sepanjang pengalaman aku cinta monyet ni tak ke mana pun. Ye lah berkenalan di peringkat sekolah tentunya mereka itu berasal dari sekitar sekolah itu juga.
Bila dah masuk U, dah jumpa dengan orang lain pula. Time tu baru buka mata. Baru tahu bumi ini luas.
Tapi ada juga yang dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Semua ini adalah terpulang kepada pasangan itu sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Tapi yang kat bawah ni adalah contoh yang baik :-
Yang ini bukan kategori cinta monyet. Ni bercinta bila dah ada kerjaya dah ada kereta. Yang ini pun anak sedara aku gak. Dah siap bertunang pun.. Alhamdulillah..
Kat bawah ni nasib pak saudara dia pula :-
Hahaha.. Inilah nasib aku. Terus merenung masa hadapan yang penuh dengan ketidakpastian. Bab jodoh jangan tanyalah. Soalan sensitif tu. Tanya kali kedua boleh kena tempeleng laju-laju...
Apa-apa pun kita kena percaya tentang jodoh. Soal lambat ke cepat ke itu urusan Dia. Terima sahaja seadanya...
Adios~~~